Nuffnangx

Sunday, 2 October 2011

Selamat Hari Ahad

     As salam. Hari ni hujung minggu yang agak tenang. Maksudnya, takde 'campur tangan' kerja-kerja kat ofis. Aku pun bleh layan rasa kantuk melebihi jam 11 pagi. Owh sungguh heaven. Mandi cepat-cepat, turun ke dapur. Menu tengahari ni, sup tulang & daging masak merah. Sebab by the time aku buat grand entrance (cheh!) kat dapur dah pon kul 12, maka kami rakyat Malaysia pon berikrar la nak bikin lunch ready A.S.A.P. Tulang tu baru nak rebus jawabnya malam karang baru bleh empuk. Saat-saat mcm ni la aku teringin nak gi beli pressure cooker. Anyways, yang penting kena buat satu tindakan yang bleh selesaikan kerja kat dapur dalam masa yang munasabah. So, aku rebus la tulang tu dalam microwave, siap letak 2 biji kurma lagi nak bagi cepat empuk. 

     Aku perasan bibik duk jeling-jeling dari ekor mata, sambil tersenyum simpul. Aku rasa dia nak tanya apasal hari ni aku tak pasang lagu-lagu best dalam henfon masa masak. Sebab semalam aku buat macam tu, siap sing along sambil kelek sudip kulu-kilir masa sediakan sayur lemak kacang panjang dan daging pipi goreng. Tersengih-sengih hasbenku sepanjang duk siang daging yang dia beli kat Keramat AU1. Ye la, aku ni memang kebudak-budakan, apa nak buat. Bibik pun bukan main seronok lagi tumpang dengar lagu sambil tolong Puan Tak Pe Je masak. Actually henfon aku tengah charge kat atas, kalu tak hari ni pun sama gak keadaannya. 

     Berbalik pada cerita sup tulang. Cukup 15 minit, aku pindahkan kat atas dapur. Buang lemak-lemak yang memenuhi permukaan air rebusan tulang, aku masukkan lagi sebiji kurma baru, sebab yg 2 biji kurma tadi dah selamat timbul sekali dengan lemak, hancur lebur sudah. Dipendekkan cerita.. Sblom 2pm dah terhidang sup tulang, daging masak merah dan sambal belacan, siap untuk dimakan seisi keluarga. Sekali dengan bendi goreng yang adik ipar aku buatkan. Sedar-sedar adik aku bgtau, dah kena masak nasi lain untuk yang 2 orang ahli keluarga yang belum makan. Lapar betul semer orang nampak gayanya! 

     3pm dah bleh santai2, makan sudah, solat zuhur pun sudah. It's DVD time! Dan macam biasa la, DVD tu akhirnya tengok mamat tu tido depan TV, hemmmm... Makanya, aku je la tolong tengok sorang-sorang sampai habis. Sambil buat entry ni. Sungguh damai rasa di hati. Seblom start kerja balik esok dan bertungkus-lumus sepanjang minggu mencari rezeki. 

     Itu la namanya hidup..


Tak Sabar Nak Gi Berehat...




No comments:

Post a Comment