Nuffnangx

Wednesday, 14 December 2011

Jetlag ku sayang.

As salam. Tabik spring la weh kpd semua cabin crew kat seluruh pelosok dunia nih. Tak kira la walau di mana anda berada. Atau kat airlines mana yg korang kerja. Dan tak kira la walaupun korang actually tak pernah baca pon blog rojak aku nih.. Sebabnya? Korang memang power rangers semuanya. Tahan jetlag dalam hidup korang. Kejap kat Thailand. Tak lama lagi dah kat India. Lepas tu ada pulak kat Australia. Sebelum terbang lagi ke USA. Mak ai... Macamana la korang bleh tahan? Dah la kena maintain muka manis depan penumpang. Jadinya, tahniah la kat korang, ya?

Tengok la aku. Pukul 4.41 pagi duk melangut lagi tulis blog. Dah abis zikir round kat tasbih, tetap mataku tak mau lelap. Lemau abis satu badan. Lemah abis segenap urat saraf. Dimamah fenomena jetlag. Ditambah dgn aku terlelap atas sejadah lepas solat Maghrib. Dan sebelumnya, secawan capuccino di Subway masa teman mak, junior dan bibik makan sandwich masing2 kat Jusco Setiawangsa. Tapi tak relevan, kot. Sebab lps maghrib tu boleh je lelap walaupun minum capuccino tu. Kan? Then, may be disebabkan oleh secawan Indocafe masa dinner tadi, duk teman Encik Mat Suami makan spaggy yang aku masak ala2 mee goreng tertumpah bekas garam. Syiaaann... Confirm deria rasa aku terjejas teruk sebab lidahku rasa biasa je, tak masin pon spaggy tuh.

Mesti sebab aku letak gula sikit sgt... Dah pulak, masa rebus spaggy tu aku dah masukkan garam dalam air. Tak pon, may be sebab garam tu tak tergaul rata. Sedap kot spaggy masin tuh, sebab licin semer dirembat orang. Takpon, semer tengah kebuloq. Either way, works for me, bebeh!

Nampak gayanya aku kena stay up sket lagi tunggu azan Subuh. Kalu tak, mesti terbabas dinosaur la Subuh aku hari ni! Biasa la.. Syaitan mmg mengulit mata dekat2 nak Subuh, dengan misi dan visi menggagalkan anak-cucu Adam daripada menunaikan solat yang paling sikit bilangan raka'at tapi paling payah nak dilaksanakan.

Cuma ye la kan, masa ni kalu kita duk tunggu, rasa macam lambat nau bergerak. Kalu tak, tak terperasan pon waktu berlalu. Kira macam tunggu taxi la kot. Masa tak nak, berderet2 ada. Masa kita desperate nak naik, sebijik pon tak lalu depan mata. Cheh! Relevan ke perumpamaan itu tadi, korang? Ah, gasak la.. Janji aku prolong this one-sided conversation. Tak abis-abis cakap sorang2 aku ni, ish.

Anyway, thanx to you guys yg tetap sudi baca... Lenguh pulak tengkuk orang tak bleh tido malam ni menunduk. Justeru, elok la aku mengundur diri dan memulakan proses pra-wudhu' di tandas. Good luck la for another crazy day tomorrow, Tak Pe Je! Sekian untuk kali ni, bye-bye everybody! Love me tender, love me sweet, never let me go...


Adeh.

No comments:

Post a Comment