Di Hujung Dunia

As salam. Sejak dua menjak tiga menjak ni payah nak tulis blog. Takut terluah banyak rahsia, boleh? Tak pun, sebab banyak yang dah tak lagi jadi rahsia. Pada dasarnya, at least. Tinggal lagi, dah lama sangat tak menulis ni jadi macam biul sikit ler, bermonolog dengan perasaan. Sampai berjalan pon terasa macam tak pijak bumi. Jadi, molek juga hamba membariskan kata-kata di hujung tinta, agar tenang jiwa dan raga. Boleh, tuan hamba?

Aku ni workaholic. Semua yang rapat dengan aku tau. Perfectionist pulak tu, teruk betul kombinasinya. Kedua-duanya jadi parah setiapkali nak pergi bercuti, semasa bercuti dan selepas bercuti. Cuma lately jadi ok sikit la, Alhamdulillah. Sebab aku dah pandai relax. Konon la, kan? Sebenarnya lebih kepada berhati-hati. Sayangkan tekanan darah dan jantung, terpaksa la.. Tak pasal-pasal karang jejaskan kesihatan. Ish... Tak mau la! Lagipun, sebagai langkah utama melambatkan proses kedutan di muka. Kan?

Masuk hari ni dah lebih seminggu aku di perantauan. Menimba pengalaman dari sejarah dan tamadun Islam. Tak dapat kawal emosi sebenarnya, melihat kesan tinggalan yang sepatutnya menjadi warisan terbilang. Tinggal lagi, itu la fungsi sejarah. Untuk belajar dari kesilapan nenek-moyang. Tak kisah la nenek-moyang orang lain ke nenek-moyang sendiri, kan? Yang penting, belajar. Mana yang elok, kita ambik jadi pegangan. Mana yang tak berapa nak elok, kita jadikan aje sempadan. Al-Qur'an pun isi kandungannya ada 1/3 sejarah yang perlu dikupas, diselami, diteladani dan disempadankan. Rugilah kita kalau buat tak kisah aje. Di mana letaknya keperdulian kita?

Tapi kan, lain kali la aku cerita pasal pengalaman tu. Kali ni saje je nak tulis something kat blog ni, rindu pulak nak berceloteh, kan? Cuma yang pasti, di hujung dunia pun aku pergi, aku masih orang yang sama. Menyayangi, mengingati, merindui orang-orang yang sama. Walaupun mungkin reaksi daripada orang-orang tu kadang-kadang tak telly dengan aksi diriku yang romantik ini, tak de hal nya. Chewah. Sebab aku tetap aku. Tak punya waktu untuk menunggu. Aku memang sentiasa memberi, tak selalunya menerima. Tapi itu la aku...

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan