Nuffnangx

Wednesday, 5 August 2015

Menelah. Meneka. Merapu. Meraban.

Assalamu'alaikum. Kita suka pandai-pandai meneka dalam kesamaran dan akhirnya membuat kesimpulan ikut pengamatan suam-suam kuku. Kalau simpan diam-diam ok jugak, tapi mana best kan kalau tak share dengan at least sorang kawan. Dah la belum tentu betul ke salah, kita beriya yakin dan meyakinkan orang lain tentang benda yang belum pasti. Buta-buta je buat dosa, senang-senang je bagi pahala amalan kita kat orang yang kita umpat tadi. Ye, mengumpat la tu namanya. Silap haribulan, jatuh kepada memfitnah. Lagi power dosa daripada mengumpat, maklum la darjatnya lebih tinggi daripada  membunuh. 


Contoh gambar kat atas ni, sekali imbas memang tengah pegang kepala. Komen standard, sakit kepala lettew kenn? Padahal masa ambik selfie tu, buat timing 3 saat dan tetiba nampak anak tudung berkedut, cepat-cepat nak betulkan tapi tak cukup pantas tangan itu. 


Gambar kedua pulak, hasil dari 'photo boost' yang merekodkan 10 gambar untuk dipilih, ada sekeping dua yang tangan masih di bawah. Maknanya masa belum cuba betulkan anak tudung itu tadi. Begitulah...


Jadi kita jangan terlebih kreatif dan jangan tersalah guna kreativiti yang Allah dah bagi. Bawak-bawak bertenang dan cuba cari ketenangan jiwa, umur pun bukan makin muda kan? Kalau dah rasa tak menahan sangat nak tau dan kepoh beriya, approach je orang tu sendiri dan bertanya dengan sopan. Kot la malam esok tidur jadi lebih lena, kan? Kalau takde bawak apa-apa kesan pun dalam hidup, baik tak payah. Banyak lagi benda lain yang boleh kita buat. 

Sekian, jaga diri hiasi peribadi. Hukum Karma Menanti Kita Semua. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


2 comments: