Panggilan Pulau Perhentian : Versi Kumpulan

Assalamualaikum. Sejak jatuh cinta pandang pertama saat menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian Kecil beberapa tahun lepas, aku memang dah bertekad nak berkunjung lagi dan lagi ke sana. Siapa sangka kali ni kami bukan saja bertiga, tapi bersembilan belas sekaligus, ambik ko! Dan yang pasti, ini bukanlah yang terakhir... aku nak pergi lagi, panjang umur murah rezeki. Takde maknanya nak pergi Phuket dah sejak kenal Perhentian. Aku tak minat snorkeling pun, tapi lebih kepada menikmati keindahan suasana dan kedamaian persekitarannya.



Anak dan suami memang kaki snorkeling, jenuh ler nak tengok terumbu karang, ikan nemo, penyu, anak jerung bagai. Aku takde hal, dalam TV boleh je tengok... gitieww. Hahah. Tapi aku suka je berendam dalam air laut tu kat gigi-gigi, persisiran pantai sementara menunggu dorang menghitamkan kulit kat tengah laut. Pergi kali ni sebab beramai-ramai kan, takde masa nak layan jiwang dan mengarang puisi segala. Layan anak-anak staff sudah ler, kasi chance mak bapak depa bersnorkeling sampai lebam.


Hensem jugak anak aku versi terlebih koko.


Ada jugak gang tak terjun laut, si Farah ni mak ayah dia tak bagi. Hurmm... taatnya dia, kalau aku belum tentu nak patuh bila dah keluar dari radar. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia sembilan bulan, Alhamdulillah.


Yang ulat air, tetap meneruskan aktiviti snorkeling dari satu point ke satu point yang lain, sebanyak 5 kesemuanya. Dari atas bot pun nampak jugak ikan tu, korang... tabur je roti banyak-banyak, seronok tengok ikan tu timbul. Budak aku punyalah terlebih pemurah, dibawaknya seplastik besar roti Gardenia kasi ikan-ikan tu makan. Amboi....!


Cinta hati? Apa lagi... dia kan Dewa Laut, ko rasa?


Aku punya preference inilah dia: lepak minum-minum mengadap tepi pantai sebelah petang, bila dah tak terlalu panas. Perhentian Besar ni pulau persendirian, terutamanya sekeliling kawasan Arwana Resort, hujung ke hujung. Takde la hiruk-pikuk dan penuh sesak macam Perhentian Kecil ataupun nama glamour nya, Long Beach. Rasanya korang dah boleh agak aku suka yang mana, kan? Orang macam aku ni bukan suka berebut-rebut, bersesak-sesak, maka sudah pastilah aku lebih gemar Perhentian Besar. Romantik yang amat tempat ni, aku suka sangat-sangat! Selamba je jalan pelan-pelan hujung ke hujung pantai, berhenti minum kat gerai-gerai kecik yang ada kat sana. Hilang segala kekusutan minda dan terbang segala tekanan yang tak berkesudahan.


Sememangnya berbaloi-baloi, maka wajarlah diulangi lagi dan lagi. Nampak ada 3 biji kelapa muda atas meja? Haa... tu budak-budak aku punya. Jalan punya jalan, terserempak dengan diorang yang tengah lepak kat 'Cabbana' nama gerai makan tu. Duk Arwana sana ada ala-carte cafe tapi suasananya tak sesantai dan harganya sudah pastilah tak semesra kawasan tepi pantai ni. Cuma setiap jam 5-6 petang diorang ada 'Happy Hour' kasi pakej menu Bihun Goreng dan segelas air dengan harga RM5. Masih tak best sebenarnya, berbanding dengan lepak minum air kelapa muda mengadap laut. Mana boleh lawan, weh...!


Cik abang aku tanya, happy tak? Aku kata, of kos la happy... kegembiraan ni kalau dikongsi, rasanya akan jauh berlipat kali ganda berbanding biasa. Aku bukan saja happy, bahkan sangat-sangat bersyukur atas segala nikmat yang takkan mungkin mampu didustakan. Alhamdulillah. Semoga ada kesempatan lain untuk aku pergi bertiga semula, di tempat yang lebih indah, mana tau kan? Ameeen.... Nak pergi berdua karang ada yang sedih pulak kat rumah. 

Begitulah panggilan pulau yang senantiasa melambai-lambai hati kami...


~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan