Bakso Fusion Berkaki Ayam

Assalamu’alaikum. Semalam tak pergi pasar tani, layankan tidur lepas subuh. Tapi bibik ambik inisiatif naik basikal pergi sendiri.. beli ayam 3 ekor dan susu kambing untuk mak. Okay la tu, katanya dia guna duit baki yang aku bagi untuk beli fresh milk malam sebelumnya. Gigih dia bantu mana yang patut, Alhamdulillah aku sangat2 bersyukur pada Allah dan berterima kasih padanya. 

Lepas asar aku ajak dia ikut pergi Aeon Mall, nak pergi beli Colo Cleanse kat Cosway dan restok barang2 dapur, terutamanya bahan2 untuk buat bakso. Jenuh tawaf bahagian cold storage cari bakso meatball tapi entahlah habis ke discontinued, takde di mana2. Akhirnya aku beli je meatball lain sekali dengan pakej steamboat. 



Hasilnya, dinner kami adalah bakso fusion... bibik siap letak kaki ayam lagi, ko rasa? Tapi sebab dia tau aku kurang gemar, dia asingkan kaki ayam tu dalam bekas lain. Yang kat dalam gambar kat atas tu sebenarnya Ida punya, aku macam biasalah mana sibuk nak ambik gambar makanan. Ni ha dia guna handphone aku snap dan biar je kat galeri, elok la boleh aku tumpang sekaki. 

Dulu aku takde la suka sangat bakso ni, sehinggalah aku rasa kat Puncak, Bandung. Singgah kat food court kawasan Taman Safari, apa ntah namanya dah lupa... dia punya bakso dah tahap kena mandrem. Aku teringat-ingat sampai sekarang, padahal makan sekali je hujung tahun 2014. Takkan la nak ke sana semata2 nak pekena bakso, memang tak la...! Bila belek semula gambar-gambar dalam album Jakarta- Bandung, food court yang aku maksudkan tu terletak di  Cisarua-Bogor. 



Dekorasi Krismas yang sederhana tapi kreatif tersedia rapi di food court tu.



Tengok gambar ni, ada 4 ketul je meatball dalam mangkuk. Itu baru betul bakso asli, bukan yang fusion siap masuk pakej steamboat bagai. Sambal bajak dia tu sila meninggal ya sesiapa yang tak tahan pedas, 4 tahun pun masih tak lupa rasanya macamana! Dorang bukan takat merahkan sup dengan sambal pedas tak ingat tu, tapi siap tambah lagi sos cili dengan kicap. Hurmm... tabik spring la kat dorang!



Kot la satu hari ada rezeki jejakkan kaki lagi kat sini, harap2 chef yang buat bakso tu masih orang yang sama. Kalau tak, hampa dan kecewalah aku datang dari jauh semata-mata nak melepaskan rindu dendam pada bakso pujaan.



Bakso ni bagi aku tak banyak beza dengan mee sup kita, cuma takde rasa bawang dan rempah 4 sekawan. Wajib belajar dengan bibik ni, bila2 dia takde kan boleh buat sendiri. Menda yang dah terbukti sesuai dengan selera baik kita belajar.. sebabnya, kalau nak try and error resipi online banyak la pulak renyahnya. Dah pandai esok boleh kita panjang2 kan ilmu pengetahuan, dapat gak pahala berkekalan. Ye la, kan ada pekdahnya tu daripada duk sibuk panjangkan berita sensasi bagai, belum tentu ada pahala di sisi Tuhan. 

Ok la, terima kasih baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker