Monochrome Tuesday

Assalamu’alaikum. Pagi2 lagi dah bersiap siaga nak ke ofis, tapi hujan lebat betul membasahi bumi Lembah Kelang. Malas nak tempias walaupun berpayung turun dari kereta, aku tunggu kejap biar reda sikit. Dah pukul 10 lebih baru gerak keluar, at least logik la jugak berpayung dalam gerimis. 

Dah lama tak pakai pashmina, rindu pulak rasanya. Temanya hitam putih pulak tu dari hujung kepala sampai hujung kaki. Automatik nampak slim, haa... jangan marah! 



Hari ni segala-galanya bergerak sangat perlahan, lembab macam cuaca dan udara kat luar sana. Beku la jugak kepala ni, bosannya hidup kalau tak boleh solat... terasa ada kekosongan yang luar biasa mencengkam diri. Nasib baik la dah hujung-hujung dan jenis tak lebih daripada seminggu. Kalau jadi macam orang yang paling sekejap 10 hari tak tau la apa nak buat...



Saat-saat genting ni kopi memang boleh membantu, jadi meh kita minum segelas besar. Yang paling penting, jangan pernah lupa untuk tetap bertenang dan tersenyum. Sekurang-kurangnya dapat jugak pahala sedekah. Kalau duk tunjuk muka kelat, dahi berkerut dan kening bertaut, orang sekeliling pun akan turut terpalit. Tak pasal2 nanti dunia menjadi lebih sukar untuk didiami. Na’uzubillah....!



Kalau ikutkan kesusahan hati dan perasaan, tak selesai jugak masalah. Baik pilih untuk melihat dari sudut pelan dan dongakan, untung-untung dapat cari jalan keluar. Apa pun jua keadaan hidup, kita cuba fikir positif, okay? Insya Allah dipermudahkan segala-galanya. Ameen...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan