Mintak Kopi, Dapat Nyawa. Mintak Hati, Dapat Naya?

Assalamu’alaikum. Banyak sangat menda nak fikir gamaknya, minggu ni susah sangat nak lena tidur malam. Maka bangun pagi rasa lemau dan diserang kantuk yang melampau di ofis. Terpaksa mintak nyawa la kan, apa lagi? Dalam jam 11 gitu mata macam dah kena tongkat dengan mancis, mana boleh jadi! Ke pantry ler kita, moh!



Mesin kopi aku dah pindahkan semula ke tempat asal yang aku letak mula-mula bawak dari rumah. Sebabnya adik aku dah masuk 3 bulan kongsi tapak bisnes kat ofis ni, buat audit advisory bagai. Jadi, ruang yang aku gunakan untuk buat coffee corner terpaksa dikorbankan nak bagi ruang kepada keselesaan dia bekerja. Ye la, baru nak mula bisnes mana la mampu sewa ofis dan beli segala kelengkapan. Kakak ni bantu la mana yang mampu, nak bagi modal takde... bagi kongsi tapak je ler. Job ada masuk, Alhamdulillah... cuma belum sampai waktu dapat payment. Ada la tu nanti rezeki dia dengan partners, Insya Allah. 



Aku susun apa yang patut kat pantry ofis tu, tapi tak sempat nak buat betul2 sempurna. Extension bersimpang-siur lagi, sakit pulak mataku ini. Bukan apa, plug mesin kopi Icona ni kepalanya lain daripada soket yang sesuai dengan Malaysia. Dulu kirim kat Sue N beli kat Melbourne, bukan order online dari UK. Nak kasi elok penyambungannya, ikut mana pun kena jugak guna extension. Kalau tergantung kat atas, plug dia longgar jadi tak masuk arus letrik. Nak kena duduk diam2 kat extension baru elok.



Aku recycle bekas2 mana yang patut nak kasi teratur counter top kawasan sinki. Kalau tak, memang semak yang amat semua nak sumbat satu tempat. Budak2 aku bukan reti mengemas sangat, maka biarlah aku yang ambik inisiatif nak buat menda tu. Nak komplen tak boleh, bukannya semua orang pandai bermain dengan ruang. Lagipun itu bukan kerja dorang, lagi mau bising. Heheh. Takpe, meh belanja visual kopi meh...!



Sebelah petang aku ada meeting kat Wisma Perkeso, naik uber je pergi sana dengan P.A aku. Anak bertuah daddy dia ambik lepas habis kes, gitu la kalau mummy sesekali kebetulan ada hal. Saspen jugak takut melarat rasa mengantuk masa meeting, syukurlah dah dapat nyawa sebelum lunch kan. Apa la sangat, mintak kopi dapat nyawa tu.. bukannya mintak hati pun. Gitieww...



Ambik gak la gambar dua keping sebelum meeting, lawa pulak setting SPNB. 6 tahun lepas kali terakhir singgah situ, setting nya lain. Bak kata pegawai depa, SPNB dah beranak 6 subsidiaries selama 6 tahun ni, banyak menda yang dah berubah. Betul, aku setuju. Aku pun banyak berubah, bisikku dalam hati. Posing mula2 tu kekok gila, berdiri tegak tiang bendera tak pegang apa2. Memang fail lain macam, ish..! Ambik sekali lagi, pegang handbag baru ok. Hahah. Kelakar.



Gaya korporat seorang hijabi, match-make apa yang ada dalam almari je. Pashmina shawl tu biasanya aku belit kat leher kalau pergi jalan tempat sejuk, material tebal daripada biasa. Seminggu dua ni asyik hujan je KL, boleh la aku pakai tanpa terseksa kepanasan. 

Hari ni belum jumpa kopi, apa la pattern mata rasa layu lepas jam 11 pagi. Takpe, lepas publish entry ni, aku gi mintak nyawa kat pantry. Terima kasih sudi baca, next time jumpa lagi. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan