Ayam Tandoori Berasap, Ada Bran?

Assalamu’alaikum. Lama betul entry ni terperap dalam draft department, dekat nak setahun kot. Tadi masa nak delete draft, rasa baik update dan upload je, so here goes something. Aku ada tengok kat you.tube satu hari tu macamana orang perasapkan ayam tandoori dengan arang. Kira macam trick nak bagi rasa original dibakar guna dapur arang, gitu la lebih kurang. Aku pun try la buat, memang confirm sedap dan authentic lain macam rasanya. 



Kita perap ayam dengan bahan-bahan nak buat tandoori macam biasa, boleh masukkan dalam microwave ataupun oven kalau ada. Kalau takde, panggang guna kuali biasa pun takpe, jadi jugak. Lepas tu, kita letakkan ayam yang dah siap dipanggang tadi ke dalam bekas yang agak dalam. Masukkan sekali satu bekas asing, diisi dengan arang yang dibakar. Kemudian, tutup bekas tu biar asap meresap masuk ke dalam ayam tanpa sebarang halangan. Tunggu kejap sebelum bukak penutup tu, sila awasi tangan anda jangan kasi melepuh pulak. 


Bukan setakat rasanya lain, warnanya pun lain jugak sebelum dengan selepas diperasap dengan arang. Ada effect lebih garing daripada sebelumnya, dan dia punya rasa mak ai, mari...! Korang try la buat bila2 ada masa nanti, baru betul boleh judge. Kalau korang peminat ayam tandoori, berbaloi-baloi try menda ni... serius takkan menyesal punya!


Gambar kat atas keadaan sebelum dan kat bawah ni keadaan selepas proses perasapkan ayam itu dibuat, jelas kot nampak berbeza warna dan kegaringannya. 


Aku ajak kawan singgah makan, kebetulan dia baru habis kes kat Keramat. Kira rezeki dia la, kan? Bagi jugak kat staff biar rasa sikit sorang. Masa tu ada lagi lebih nasi briyani, makan dengan gulai daging kambing, ayam tandoori dan salad resipi Chef Ammar. Habislah diet... sekian terima kasih!


Bagi yang minat makanan Timur Tengah ataupun ala-ala India memang tak lena tidur la kan selagi tak rasa? Buatlah kat rumah, kalau makan kat kedai pun belum tentu menepati selera. Nak kayuh ke Timur Tengah ataupun India payah la pulak, dan nak ke restoran besar-besar mahal sangat. Jadi, apa salahnya kita cuba buat sendiri, betul tak?

Gitulah je nak cerita. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan