Sunquick Tumpah & Kasih Yang Melimpah

Assalamu'alaikum. Semalam sejuk betul seharian, masa turun hantar anak teruna ke sekolah cuaca 22 darjah calcius... siap berkabus bagai bukit bukau menghala Gombak sepanjang DUKE Highway. Bila dah sejuk macam ni, kena la pakai tebal-tebal ataupun banyak lapis. Jubah oren yang jarang-jarang sekali aku pakai dah keluar dari oven semula, siap layer dengan inner dress paras lutut dan stongan. Tu kira untung dah kita kat Malaysia kena pakai gitu je, tak payah ada long john segala bagai kat dalam macam orang-orang di negara sejuk sana.   


Sebelah petang pergi jemput anak macam biasa, seronok tengok dia pakai blazer hitam hari-hari sekarang ni.. nampak smart dan bergaya budak bertuah tu. Memandangkan dia pakai hari-hari, confirm cepat lunyai blazer tu karang. Nak try order kat Shopee ataupun Lazada mana-mana koleksi Korean blazer masih tak berani, dikhuatiri terlebih/terkurang besar pulak saiznya nanti. Beli kat Padini lagi ke? Hurmm... dilema betul. 


Cuaca sejuk kita ni kan ke best kalau berterusan? Tak la orang cepat naik angin dan bergaduh bagai terutamanya di jalan raya. Cuma yang tak larat tu bab hujan, kesian la orang yang naik motor ke hulu ke hilir, berembun berhujan setiap ketika. Kain di jemuran pulak susah nak kering, mengeluh dah surirumah dan bibik, terutamanya. Aku pun dah berkira-kira nak dapatkan mesin pengering boleh alih kat Lazada, aritu tengok ada offer. At least menda tu kita boleh sangkut dalam 15kg kain baju dan biarkan pengering tu buat kerja, siap boleh letak kat dalam bilik je tak payah jauh-jauh. Sebenarnya dah lama masuk dalam wishlist, dari sebelum fenomena kejatuhan suhu melampau berlaku. Tapi bila dah jadi macam ni, bertambah-tambahlah rasa keinginan nak memiliki menda tu.. dah pulak sekarang jadi keperluan, bukan lagi keinginan. 

Tempat korang sejuk tak? Hati-hati la kita semua.. kalau suhu boleh jatuh merudum, tak mustahil kalau nanti naik mencanak. Dunia akhir zaman ni biasalah, penuh dengan kejutan yang tak terjangkau dek fikiran. Baik kita sama-sama berusaha menjadi manusia yang lebih prihatin terhadap alam sekitar, kalau pun tak kuasa nak lebih prihatin terhadap amal ibadat. Sekurang-kurangnya kita mampu meminumkan risiko pemanasan global yang tak terkawal. Tak gitu?

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Hari Selasa Yang Melelahkan

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker