1 Syawal 2018 Masehi ~ Hari Nan Merah

Assalamu'alaikum. Kita masih dalam bulan Syawal dan rata-ratanya belum move on daripada mood raya, especially manusia di Lembah Kelang.. minggu ni dah start la majlis terbuka. Maka akan sendat lagi padat ler segenap pelosok lebuhraya dan jalanraya, sila bertabahlah, ya? Aku tahun ni subuh-subuh hari Rabu (12hb Jun) dah bergerak turun ke Pasar Borong Selayang, sebelum menuju ke rumah mertua. Suami macam biasa akan memenuhkan cooler box dalam bonet kereta dengan daging kambing, untuk dimasak sebagai juadah hari raya. Dah selesai di pasar barulah kami bersesak-sesak di jalan menuju Kuantan. Terbaik punya sesak, sejam dari tol Gombak belum bolos ke terowong, ko rasa? Hurmm... adat ler setahun sekali meredah traffic jam yang luar biasa hebat.

Anak bujang tahun ni pilih warna merah, so berbaju merahlah kami tiga beranak pada 1 Syawal tahun 1439 Hijrah. Seram jugak nak pakai merah tanpa was-was, nasib baik la badan dah banyak mengecil. Itupun aku tempah kurung moden ala kebaya pendek dan jodohkan dengan batik tona hitam, kalau tak confirm rasa lebar lain macam. Aku memang sejak zaman berzaman suka pakai lace dan batik, tak sangka pulak tahun ni siap jadi trend. Kira value-added bonanza raya la, kan? Banyak aku beli lace dan batik sebelum puasa aritu, pakat kasi hadiah seorang sepasang kat mak dan Ida. Bila tengok lawa aku pakai, lepas raya baru sibuk nak hantar tempah jugak secara berjemaah, nanti boleh la bergambar dengan jaya lagi gumbira!



Takde ke mana-mana pun raya kali ni, ikut cik abang pergi jenguk bekas guru mengajar mengaji dia je selang tiga buah rumah, lepas balik solat sunat Aidil Fitri. Duduk borak-borak kosong je, nak makan memang dah takde ruangan kosong dalam perut sebab dah makan nasi minyak lauk gulai kambing sebelum keluar rumah. Nak ambik hati tuan rumah, aku jamah la sekeping biskut raya, itu pun jenuh nak perabis. Tangki kecik sangat, harap maaf la kan...



3 individu. 3 lagak dan gaya. 1 unit keluarga.



Makcik-makcik sangat ahkak korang ni... #teambajutradisi. Bibik berplum bagai, bahagia betul dia dapat baju lawa dari Lazada, siap tunjuk aje, hokeh? Takpe la.. kasi hadiah kat orang yang paling berjasa sepanjang Ramadan... 



Tetamu punyalah ramai, laku keras gulai kambing dan ayam masak merah bibik. Nasi Minyak Setiawangsa TPJ pun apa kurangnya, siap 3 biji periuk besar kena ulang masak, boleh? Mula-mula aku nak masak nasi minyak asli Terengganu, tapi tukar rancangan saat-saat akhir, bila dapat tahu yang mak biras aku pun nak buat menu tu jugak. Jadinya, aku ubahsuaikan resipi briyani sikit dan terciptalah Nasi Minyak Setiawangsa TPJ. Hahahah... propa je lebih, tapi apa ada hal? Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita! Janji sedap, lazat dan berkrim lagi disukai ramai, itu yang penting.
  


Aku menyingsing lengan dengan OOTD raya yang glamour itu dan bersilat di dapur, sampai nak ambik gambar pun tak sempat.. petang lepas asar baru ada masa, orang dah beransur kurang dan anak-anak sedara dah tukar baju basahan. Begitulah ya tuan-tuan dan puan-puan.. bak kata orang tua-tua, setinggi mana pun pelajaran orang perempuan, akhirnya ke dapur jua! Betul la tu, takkan la kita tak nak ke dapur, ada ke logik? Duk kat dapur tak semestinya memasak, kan? Ada je yang takat menyerikan majlis, menyemakkan tempat, memandurkan diri hatta menyesakkan perasaan orang lain, ko rasa? Cuma kita nak hidup di dunia ni bukannya lama sangat, jadi apa salahnya kalau kita memilih untuk sentiasa berdamai lagi membahagiakan hati orang lain? Kerana akhirnya yang akan diingati adalah budi nan baik dan senyuman nan indah. Pilihlah untuk menjadi perempuan sebegitu...

Ok, cukup sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca dari awal sampai akhir. Jaga diri dan hiasi peribadi, panjang umur bersua lagi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan