Nuffnangx

Monday, 15 February 2016

A Wedding To Remember

Assalamu'alaikum. Semalam Valentine's Day kan? Aku masa zaman remaja dulu sambut jugak, biasalah baru nak naik. Dah banyak tahun 14hb Februari bagi aku hanyalah harijadi adik lelaki aku si Apih. Masa tetapkan tarikh nikah dia tahun lepas, dia mintak 13hb Feb tapi ayah mertua dia nak keesokannya, sebab hari Ahad lebih mudah keluarga nak datang katanya. Maka semalam kami semua seawal jam 8 pagi sudah berkonvoi ke Masjid Putra, Bandar Baru Nilai, lokasi majlis akad nikah dan kenduri. 


Lama betul Pak Imam berceramah sebelum menyerahkan majlis kepada wali mujbir pengantin perempuan. Apih kata kalau dengan Pak Imam dia berdebar nak berakad tapi kalau dengan ayah mertuanya dia takde hal. Pelik tapi benar, may be sebab Apih memang dari kecik sangat rapat dengan arwah ayah kami. Jadi dia relax je dengan father figure, aku rasa je la kan. Depa praktis dulu sekali dan dengan sekali lafaz, sahlah Apih bergelar seorang suami.


Lamanya dua pasangan ni berjuang untuk sampai ke sini, kami semua sangat-sangat bersyukur semuanya dah selamat. Alhamdulillah. 


Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. 


Sama kasih sama sayang, setia bersama susah dan senang.


Masa tengok adik ipar aku, rasa berbaloi-baloi sangat aku tempah baju kurung dan veil dia kat Bandung. Usaha la aku hantar baju contoh kat Dadang Tailor, budak muda yang aku jumpa masa bawak family pergi bercuti tahun lepas. Memang lawa jahitannya. Alhamdulillah... 


Kami takde tema pun sekeluarga, tapi kebetulan majoriti pakai baju warna belacan/pink. Aku ni mujur dah muat baju kurung, boleh la ambik yang sesuai nak bawak masuk majlis. Ida paling vogue, macam nak pergi ambik Anugerah Skrin kata adik lelaki aku si Salami. Takpe la, asal dia bahagia. Anak aku pulak baju Melayu yang sama tema dah senteng, nasib baik ada sepasang lagi yang masih muat. Biru pun birulah, boleh kawan dengan Ida. Lagipun, persalinan pengantin masa bersanding warna biru, kira ok la tu.


The Valentine's Couple: Apih & Yana. Air laut biru, I love you! 


Makan beradab kali ni aku dgn mak je, cik abang nak teman ayah dia yang segan nak join. Aku temankan mak, dia temankan ayah. Hurmm... Air sirap tu sangat ohsem okay! Rasa macam kenduri kat kampung yang aku tak pernah lupa kesedapan sirapnya. Sekarang ni pun susah nak jumpa sirap sedap kat majlis kenduri di kampung, tau! Catering ni dari Kelang sinun, jenuh ke Nilai. Cik abang aku dah terjatuh suka dan berkenan nak gunakan service depa.  Tengok la macamana nanti.


Akad nikah awal pagi kat Dewan Masjid Putra, bersanding jam 12 tengahari. Sementara nak menunggu acara seterusnya, apa lagi nak buat selain daripada lepak dan bergambar sampai lebam?


Baju kurung kain saree yang menjadi penyelamat ni akhirnya sangat berjasa kepada nusa dan bangsa. Hehehe.


Apple pie si Athiyya ni haruslah cute melimpah-limpah, kan? Haishh... Geram la Mak Yong tengok!


Mak baru ada dua orang cucu... Lepas ni mudah-mudahan dapat cucu yang ramai daripada Valentine's Couple. Nak harapkan aku, hurmmm... Banyak disimpan di taman syurga sana menunggu mummy.


Ni pengantin lama berdua, jadi orang belakang kamera dan gubahan hantaran. Alamak, aku belum ambik gambar hantaran dengan dia! Takpe la, next week bila dia datang rumah aku update entry ni.


Pasangan susah senang bersama. Aku tumpang bahagia. 


Apih dah settled down, tinggal Ida dengan adik. Adik-beradik aku semua lambat dapat jodoh, aku je sorang yang agak awal. Jenis berkepit dalam satu molekul punya family. Hehehe.


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau permudahkanlah segala urusan kami, kukuhkanlah iman kami, lapangkanlah dada kami, tetapkanlah pendirian kami, berkatilah hidup kami sekeluarga di sini dan di akhirat sana. 


Ameen....

~ Nai at Tak Pe Je.



















2 comments:

  1. congratulations nai, dpt adik ipar baru
    sweetnya baju pengantin, sama cantik, sama padan, comellllllll sgt

    eh baju ko
    cantik!
    put on weight ke??????????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm beb!
      Baru nak kurus balik weh.. Lepas dah takde isi. Hurmm...

      Delete