Nuffnangx

Saturday, 6 February 2016

This Girl Has Been Cooking

Assalamu'alaikum. Yes you heard it right, this girl has been cooking quite a bit these days. Aku demam lama betul baru ni, dua minggu back to back. Demam perasaan gitulah, mesti lama lain macam. Sebelum demam tu jenuh la duk pulun masak macam-macam menda kat rumah. Dah jadi macam Western Kitchen lebih kurang rumah aku. 

Dalam banyak-banyak yang aku masak tu, aku paling suka Cream of Mushroom Soup dan garlic bread. Pergh... Memang tersengih-sengih masa makan, macam tak percaya aku buat sendiri. Hehehe. Tak lama lepas tu aku pun demam, tak lalu makan langsung. Terbaring kena heat stroke, nak bangun angkat bumper sendiri pergi klinik pun tak mampu. 


Hari ni aku dah sihat, Alhamdulillah. Selera makan dah ada semula, dan aku turun lepas solat Maghrib masuk dapur, buat waffles. Nampak sket keadaan aku pakai batik sarung dalam gambar, masih dalam wudhu' kekdahnya. Heheheh. Aku panggil orang datang mengurut petang tadi lepas solat Asar. Mandi lambat sket la kan, kasi lama sket gap sebelum sejukkan badan dengan air paip.


Dua kali aku buat waffles malam ni, sebab bila cik abang balik, junior dah habiskan adunan pertama. Senang je buat menda ni, takde hal langsung nak ulang tayang banyak kali pun. Nai takde hal punya! 

Esok mak nak balik Temerloh, junior nak ikut aku tak kasi. Darjah 6 dah kot, masa bulan madu sudah berlalu. Dia paham, aku mintak dia sabar kejap je. Nanti boleh berjimba sampai lebam. 

Ok la kawan-kawan, have a nice weekend ahead! Terima kasih sudi baca, jaga diri & Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


4 comments:

  1. Salam dear..

    sian dia sakit. alhamdulilah now dah ok ye.. ke awak penat sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakak. Aritu nak komen kat your blog asyik error sampai sudah..
      Penat yaamat, yup,

      Delete
  2. haaa dah ok dah?
    bleh buatkan aku makanan kat atas dah?
    akakakkakakakka
    bluwekkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete