Adik Konvo Lagi

Assalamu’alaikum. Hari terakhir Konvo UIAM kali ke-33 tahun 2017, Isnin 14hb November adalah hari yang sangat memenatkan, tapi berbaloi-baloi.. Alhamdulillah. Cuaca elok je dari sesi pagi sampailah sesi petang, tak macam konvo tahun lepas, hujan ribut kilat sabung-menyabung. Aku jadi wakil ibu-bapa, masuk dewan nak jaga hati adik punya pasal. Mak datang lepas solat Asar dengan yang lain, kalau tak dia akan restless selagi tak jumpa surau, dan buat semua orang stress. Aku sampai awal, sedang elok nak masuk waktu Zuhur.. siap suruh grab driver berenti depan pagar utama, malas nak melayan jalan jam dalam kereta, jalan kaki lagi bagus. Pergi cari surau kat Kulliyyah Engineering melilau2 macam orang sasau, akhirnya jumpa jugak. Dah tu baru jalan pergi masuk dewan, berbaju kurung kain sutera Terengganu yang umurnya lebih 5 tahun.



Rasanya dekat 1000 graduan ada kot ambik ijazah LLB, sebelum sampai giliran budak2 LLB (Shariah) pulak, adoi mereput ler kakak awak kat dalam dewan ni, dik! Tapi kan, lain macam tau perasaan duk dalam dewan dan blend dengan suasana, beza sangat2 dengan tunggu kat luar buat hal sendiri layan handphone. Masa bangun nyanyi lagu Negaraku dan lagu tema UIAM tu, memang terasa patriorik yang amat. Takde nak kumat kamit bagai, aku nyanyi beriya, ko rasa?


Adik sedih dia tak dipanggil naik pentas walaupun dapat gelaran Best Student LLB(S), katanya sebab nak jimat masa tak kasi over-run, last sekali panggil semua Best Student tahun 2014. Takpe la dik, tak panggil pun awak tetap dapat kan? Cuma ye la, kita kena paham la perasaan dia... bukan senang weh nak dapat menda2 gitu! Aku budak lepak2 je apa tau, dia takde keja lain duk study tak bosan2. Aku kata takpe dik, kalau nak bagi org tau, meh kakak buat PC nak? Hehehe gitiewww.





Jangan salah paham, aku takde masalah dengan orang yang studious ni. Cuma bagi aku, hidup bukan setakat tentang apa yang masyarakat dan akademik iktirafkan. Hidup ini satu proses jatuh bangun, belajar tentang pahit maung menuju negeri abadi. Pencapaian apa pun yang kita buru, biarlah mendatangkan manfaat kepada lebih daripada diri sendiri ataupun persepsi orang kepada kita. Tinggal lagi, aku takde la expect adik fikir macam tu, sesuai la dengan budak umur 25 tahun. Semua ni pun salah satu daripada proses perjalanan hidup dia nak mengenal dunia. Ok je tu nanti Insya Allah.



Bangga semua family kat dia, alhamdulillah... tumpang bahagia gitu. 



Melaram bukan kepalang, hurmm... macam biasa ler, kan?



Ok. Next, silalah cari pasangan untuk memeriahkan anak sedara Mak Lom, ya? Belajar tak habis2 ni, esok Masters pulak, korang ni dah kenapa tak reti nak bernikah bagai? Ikut mana pun, aku rasa aku dah tunaikan janji pada arwah ayah, setakat ni aku memang dedikasikan segala menda kat adik-beradik dan family. Aku tak sempat mewah bagai takpe la, dah depa berjaya esok2 dengan hidup sendiri, mudah2an ada bahagian yang Allah sediakan untuk aku pulak. Hati aku ni penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang, melimpah-ruah tak terkutip dek korang. Nak benci ke apa, sila meninggal. Aku takpe je, tetap tersenyum dan mencari damai di hati.

Oh, ya.. aku happy sangat tengok Fattzura dah bertunang. Hahaha. Okay, terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan