One Day ~ Thai Movie: Satu Pandangan Peribadi

Assalamu'alaikum. Semalam lepas teman pakwe tengok Gegar Vaganza, aku saja-saje tukar channel browse apa yang menarik minat aku nak tengok. Sekali ada filem Thailand, 'One Day' dah hujung-hujung kat Astro Citra, entah kenapa aku terpanggil nak tengok, mungkin sebab terpikat dengan adegan dalam kedai 24 jam ~  aktres yang punya senyuman bergula versus aktor yang berkaca mata siap lekat dengan handiplus kat tengah. Melekat serta-merta aku depan TV, memang captivating habis lakonan budak dua ekor ni. Bila aku google hari ni, filem ni menang banyak anugerah kat Thailand, of kos aku tak terkejut langsung, sebab sangat-sangat ohsem dari segala aspek, setakat yang aku tengok walaupun dah nak klimaks. Tak dapat aku bayangkan kalau tengok dari awal, lagi banyak air mata aku tumpah, itu hampir pasti!   

Kalau aku memang nak happy ending la kan, tapi impak filem ini takkan segempak yang sepatutnya, jadi wajarlah sebegitu ia ditamatkan. Mana la tau kot2 satu hari dorang ambik keputusan nak buat sequel filem ni, haa... kan ke bagus tu? Anak aku tanya, kenapa cerita ni tak happy ending, mummy? Aku kata, mungkin sebab nak bagi nampak praktikal, ataupun mungkin penulis skrip buat based on real life situation. Apa yang aku nak cuba beritahu anak aku tu sebenarnya lebih dalam, tapi biarlah dia paham setakat tu je.

Secara peribadi, aku percaya yang kita perlu berusaha selagi daya untuk mengejar mimpi, bukan menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan. Memang benar, akhirnya kita perlu pasrah pada suratan takdir, tapi itu tidak bermakna yang kita hanya berpeluk tubuh menerima apa adanya tanpa mencuba. Dalam filem One Day, aku ralat kerana Den mengambil keputusan untuk memadamkan video yang Nui rakam untuk memastikan dia tidak terlupa apa yang berlaku sepanjang sehari Den menyamar menjadi kekasihnya. Bagi aku, dia tak berhak membuat keputusan bagi pihak Nui, sekalipun dia merasakan mustahil lelaki sepertinya akan diterima wanita seperti Nui. Walau apa pun pengalaman dan percubaan yang telah dilakukan Den sepanjang memuja Nui dari jauh, itu tak sekali-kali memberinya justifikasi untuk membuat rumusan tentang keberangkalian yang mungkin terjadi kali ini. Aku sangat terkesan apabila melihat Nui menangis tanpa memahami sebab di sebalik tangisannya ketika melihat video dia ketawa gembira di pesta salji, menghabiskan masa dengan Den seharian di Hokaido. Aku rasa itu sangat tidak adil, kerana Nui perlu tau siapa yang benar-benar mencintainya selama ini dan mampu membuatkannya bahagia. Dan aku rasa Den berlaku tidak adil kepada dirinya sendiri, yang merasakan dirinya seperti 'anjing jalanan', tidak layak memiliki wanita pujaannya. Cukuplah sehari kenangan bersama Nui, yang membuatkannya bersedih sepanjang zaman. Dah kenapa, mamat? 

Tolonglah ya Allah... berilah kekuatan kepada semua lelaki dan perempuan di dunia ini untuk berusaha memilik pasangan impian mereka. Kita semua mempunyai peluang jika kita mencari kesempatan, usahlah menjadi musuh paling kejam kepada diri sendiri dengan membunuh kesempatan yang hadir depan mata. Biarlah kita pandang ke belakang pada satu hari nanti dan berkata, "Aku dah mencuba segala-galanya, Ya Allah... dan aku menerima takdirku, kerana Kau lebih tahu yang terbaik untukku". Jangan pada saat itu kita menyesal kerana tidak menyatakan, ataupun mencuba untuk menyatakan rasa cinta kepada insan yang kita puja. Kerana jika kita tidak pernah bertanya, jawapan yang akan kita perolehi hanyalah TIDAK. 

Gapailah mimpimu, jangan pernah berhenti beharap sebelum mencuba.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan