Nuffnangx

Saturday, 21 January 2017

Sarung & Pergi

Assalamu'alaikum. Satu menda yang aku dari masa U dah buat adalah pastikan aku selalu berpakaian yang sememeh kat bilik, supaya kalau aku perlu keluar ke mana-mana, tak payah beriya tukar baju. Biasanya itu memerlukan cardigan ataupun kemeja berlengan panjang untuk dijadikan outer layer. Atas sebab yang sama, aku memang dah tanam dalam otak ni nak rapikan lagi pakaian kat rumah bila dah jadi isteri orang. Sudahnya, pada banyak ketika, cara aku berpakaian tak banyak beza dengan masa belajar dulu, masih bergantung dengan koleksi outer layers. Cuma size dan material sudah pasti ada kelainannya, of kos la kan...


Lately aku dah makin kerap tampil dengan gaya lama ni, pilih T-shirt yang selesa dan cantik pakai kat rumah, siap dengan skirt ataupun seluar panjang, terutamanya bila takde urusan rasmi kat luar dan banyak beroperasi dari rumah je. Sampai masa nak keluar ambik anak balik sekolah, aku capai mana-mana cardigan yang sesuai, pakai shawl dan ke depan terus maju. Macam masa gambar-gambar ni diambil, aku pilih long cardigan dari Pull & Bear. Sangat sejuk kainnya, berangin je pakai walaupun di bawah terik mentari. Ada jugak niat nak pakai tali pinggang ikat kat luar, tapi rasa self-conscious pulak dengan tempat-tempat yang berkenaan, maka aku abaikan aje ler niat itu.


Pagi tu aku pergi Aeon kejap, hantar kereta masuk salon kejap, dah kronik sangat habuk dan debu kat dalam... tak larat nak terseksa bersin tak berhenti-henti setiapkali memandu. Hidung aku ni macam extra sensitive sensor bab2 habuk dan debu, apa nak dikata? Sementara tunggu kereta siap dibasuh, divakum dan di'mist' bagai, sempat jugak aku gi cari calon-calon cardigan baru. Alang-alang masuk fitting room, aku try sekali beberapa t-shirt labuh, tapi atas kesedaran diri yang luarbiasa bagus, aku try je, tak beli pun. Tak beli baju lain kecuali sehelai long cardigan yang berharga RM29, gila tak masuk akal murah! Aku dah pakai pun keesokan harinya, ambik gambar tapi takde full length yang boleh aku tayang kat sini. 


Gambar atas tu nampak kan baju warna maroon yg labuh tu tergantung kat tepi dinding? Itulah cardigan yang aku beli. Yang lain-lain tu aku pergi letakkan semula kat tempat asal, tak sampai hati nak biarkan aje kat situ, kesian pulak kat sales assistants duk mengutip. 



Aku berkenan betul kat cardigan ni, sampai rasa nak pergi beli lagi 2 helai, kali ni ambik warna kelabu dan hitam pulak. Bukan apa, susah tau nak jumpa kain sejuk, material elok dan harga tak sampai RM30! Itupun kalau masih ada size aku la, kan? Ishh.. benci betul kalau asyik teringat kat menda yang tak dibeli! 



Gitu la kekdahnya dengan kaum Hawa ni, maklumlah nafsu ada 9 departments. Anyways, terima kasihlah sudi baca entry yang takde pengisian ni, ya? Sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum. 

~ Nai at Tak Pe Je.















No comments:

Post a Comment