Nuffnangx

Thursday, 12 January 2017

Jom, Bolos Saja Dugaan Itu..!


Assalamu'alaikum. Dah nak masuk setengah bulan tahun 2017, rasanya belum terlalu basi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kat korang semua. Sorry lama tak berceloteh kat sini, keadaan memang sangat mencemburuiku. Kalau nak dikirakan, boleh jadi level depression sebenarnya keadaan sekarang, kalau tak solid pegangan dan kaedah kebergantungan hidup. Dari dimensi pemerhatian dan pemikiran seorang manusia biasa, aku dihimpit rasa takut akan hari-hari mendatang, kalau keadaan macam ni berpanjangan, bimbang tak mampu untuk terus bertahan. Tapi dari pengajaran dan pengalaman bergelumang dengan pelbagai jenis penderitaan, aku pasrah dan memulangkan segala-galanya kepada Yang Maha Berkuasa. Dengan cara itu sajalah aku masih mampu melangkah dan menengadah di bumi milik Tuhan ini.


Dan hanya dengan cara itulah aku masih boleh tersenyum dan membahagiakan mereka yang perlukan perhatianku. Gambar-gambar dalam entry ni aku ambik petang semalam, usai diskusi apa yang perlu dengan mereka yang berkenaan. Sejak Januari 2017 menjengah, baru itu yang pertama aku menghabiskan hampir (separuh) hari di luar rumah. Kebetulan seorang kawan berada di kawasan berdekatan, kami melepak bertukar-tukar cerita tentang segala macam kisah, perancangan masa depan sambil bergossip sebakul dua.


Dengan ihsannya, maka aku ada gambar OOTD yang sangat sempoi mempoi itu! Elok jugak kan, batik lepas dibuat palazzo? Best gila pakai, tak kisahlah kalau orang nampak macam seluar tidur pun, kan? Yang penting, aku selesa dan terasa macam sedang bercuti di pulau. Heheh. Seronok la orang yang jual kain batik tu, bila aku hantar gambar yang paling atas kat dia. Disebabkan dia mintak gambar yang lebih jelas, maka aku dengan selambanya mintak tolong kawan tu ambik gambar penuh atas bawah. Mesti org tu nak buat testimoni kat IG dia, kan? 

Apa-apa pun, terima kasih sudi baca sampai habis. Sekronik mana pun keadaan kita, bersabarlah.. ini jua pasti berlalu! 

~ Nai at Tak Pe Je.





No comments:

Post a Comment