Nuffnangx

Monday, 5 October 2015

Tentang Rasa dan Cinta

Assalamu'alaikum. Lamanya tak update blog, dah rindu tahap lemas jerebu gitu. Azabnya lahai serangan jerebu tahun ni, dah bunyi cengkerik aku bernafas. Kalau serangan jerebu dalam surah Al-Dukhan (yang bermaksud 'asap') tu macamana la gamaknya? Atau adakah ini tanda-tanda yang digambarkan dalam surah tu? Astaghfirullaha Rabbi Min Kulli Zhambin... Ampunilah daku Ya Allah Atas Segala Dosaku yang berkepuk-kepuk seperti jerebu ini...

Adoi, meh la cerita sikit pasal duniawi. Saje nak share OOTD dan cerita masa Eidul Adha tempoh hari. Simple sungguh sambutan tahun ni, sesuai la dengan kejatuhan ringgit dan kemurungan udara. Balik kampung kali ni tak berseri pemandangan, diselubungi asap jerebu. Pedih je mata, so kena selalu berspek hitam ala penyu Rantau Abang. 

Baju kurung moden kaler baby blue itu patutnya pakai masa raya puasa aritu tapi sebab hero-heroku nak pakai kaler royal blue, maka yang ini kita pakai la masa raya haji kennn? Suka hati mak nenek aku je pergi pakai shawl kaler sirap bandung tumpah (read: electric pink) kasik blocking effect konon. Padahal aku malas nak fikir matching shawl, rembat je mana yang mudah nak packing dan lilit pada hari kejadian.


Aku rasa sempoi mempoi betul aritu tapi tak berenti cik abang duk puji. Cheh! Agaknya kaum Adam ni suka menda-menda sempoi mempoi. Hurmm, entahlah.. Malas nak pening kepala buat analisis, banyak keja lain lagi nak buat. Hehehe. 


Aku jatuh cinta betul dengan purse ni, seriously. Murah sangat2 lahai.. Terjumpa kat Mr. DIY dua hari sebelum balik raya haji. Aku tukar talinya dengan tali yang aku beli kat K-Craft yang popular seantero dunia you.tube. Kebaboom jadi indah menawan nampak kacak nampak lawa dia pakai NV gitu! Tak pasal-pasal kawan aku ingat aku beli Ted Baker punya purse, tergolek kejap aku jenuh nak explain tanpa tersengih nampak gigi gusi segala.


Anak bujang aku tetap setia dengan gadget nya, yang kemudiannya kena tegur slow-talk moment dengan Daddy. Mana bleh buat gitu, anak.. Pegi beraya jangan macam tu, bla bla bla. Aku cuci tangan la kan sebab dah ada yang menegur, kira tumpang sekaki la tambah-tambah kuah dessert segala kasi sedap lagi. 


Keesokan petangnya kami ke Temerloh pulak. Sempatlah pagi tu aku masak asam pedas ikan patin dulu untuk pak mertua aku makan. Dia memang tak lalu makan sejak beberapa bulan ni, biasalah dah berumur. Tapi bila aku masak, kena dengan seleranya. Alhamdulillah... Aku pun dah takde ayah lain, itu je la pun yang masih ada. Kalau dulu dengan arwah ayah aku selalu layankan masak makanan peberet dia, takde beza dengan kali ni. Itu je la caranya nak tunjuk kasih sayang dengan kekdah yang paling mudah. 

Ok, itu je la nak share kali ni. Ada masa kita cerita lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.



~ Nai at Tak Pe Je.








No comments:

Post a Comment