Setajam Pisau Lipat

As salam. Kadang-kadang aku lama termenung depan laptop, banyak bermonolog dengan diri sendiri sebelum tulis apa-apa. Tak terluah apa yang terdetik di hati mahupun yang terlintas di minda. Mungkin sebab dari dulu aku memang tak biasakan diri menulis pada masa terlampau emosi, marah, sedih, keliru, seronok atau yang sewaktu dengannya. Bukan apa, takut besok-besok menyesal ke apa ke, dah tak boleh patah balik. Benda dah pun ditulis. Kalau pun boleh delete kemudian hari, orang dah terbaca. Haaa.. aku jugak yang susah! 


Jadi, lebih baik aku pilih untuk diam daripada melantun macam spring tak hengat. Tak payah peningkan kepala nak betulkan keadaan disebabkan aktiviti melenting yang didorong emosi yang tak terkawal. Bak kata bijakpandai, beringat sebelum kena. Sediakan payung @ raincoat sebelum hujan KECUALI anda kerja kat kedai Giodarno. Takpun kerja dekat-dekat dengan Giordano. Sebabnya, masa hujan depa jual payung murah 2 henggit daripada biasa. Jenuh la orang berkerumun beli payung depa masa hujan lebat kat Bukit Bintang nun. Tempat lain aku tak biasa tengok, that's why aku bagi contoh outlet kat Bukit Bintang tu.. 

Macamana nak kawal diri tak mau bagi ikut perasaan masa menulis? Kena betul-betul jadi tuan kepada perasaan kita. Itu la caranya, pada hemat patik la, tuanku. Especially kalau melibatkan penulisan interaktif. Secara dua hala. Owh, lagi kena kawal perasaan. Biar lambat sikit pun takpe balas apa yang ditulis kepada kita, takde hal nye. Paling tidakpun, orang kutuk kita lembab. Macam kat YM la lebih kurang, kalau kita lambat menaip, kan kita ala-ala kena kutuk dgn sistem, kononnya kita tengah merangkak belajar menaip. Takde luak nye kena kutuk macam gitu. Jauh lebih elok daripada kita terlebih efisyen dah jadi eksyen plak. Macam bulldozer meluru serang orang dengan pantasnya, janji hati puas. Sekejap je pun kepuasan tu. Tapi kesannya pada orang yang terima balasan kita tu, lamaaaaa.  Kalau tak, mana pulak diumpamakan penulisan tu "Setajam Mata Pisau"..


Penerimaan orang lain-lain tau kalau kita tulis apa-apa. Sebab mana ada intonasi yang boleh bezakan maksud sebenar si penulis. Kalau berdepan, lain cerita. Memek muka, bahasa badan, nada suara kita boleh tangkap secara langsung. Kalau dalam telefon pun tahan lagi, sebab boleh dengar suara, kan? Tapi dalam penulisan, takde semua tu. So, intonasi banyak digambarkan dengan gaya penulisan itu sendiri. Tanda seru, tanda soal, tanda macam-macam lagi.. itu la pun intonasi dalam penulisan. Sebab tu la salah-satu pantang-larang dalam penulisan, elakkan guna semua huruf besar ~ especially dalam SMS. Itu seolah-olah kita tengah menjerit kat orang yang terima SMS tu. Ye, mungkin kita jenis malas nak tukar kejap huruf kecik kejap huruf besar, so kita bantai tulis semua huruf besar. Dah kalau boleh sebabkan salah paham, lebih baik kita guna semua huruf kecik, ye tak? 


Ye, bagi kita mungkin menda tu biasa aje, small matter kata omputih. Tapi bukan semua orang boleh berbaik sangka pada kita. Lagipun, bukan semua orang kenal kita macam adik-beradik ataupun pasangan hidup kita. Apa salahnya kalau kita cuba berubah pelan-pelan, ye tak? Bukan hilang pun bisa ular menyusuri akar. Silaturrahim pun boleh dipelihara. Dapat pahala. Senang-senang aje dapat, baik kita rembat. Kan?


Dah pulak zaman-zaman social networking nih. Gaya orang berkomunikasi dalam masyarakat maya nih dah jadi sangat terbuka. Lagi kena jaga cara menulis. Bukan apa, sekali terkena selamanya terasa. Karang takut jadi jeruk pekasam pulak rajuk tak berkesudahan. Dari kawan, jadi lawan. Kan dah putuskan silaturrahim. Menda-menda ni terjadi sebab komunikasi antara dua pihak boleh disaksikan oleh banyak pihak. Dah namanya pun bermasyarakat secara maya. So, melibatkan air muka dan perasaan. Memang la kena Handle With Care. Once Broken Considered Void. Jadi, kalau ada menda-menda yang agak-agak boleh cederakan maruah orang lain, apa kata kita guna Buffer je hantar private messages? Boleh buat grouping lagi, kan? 


Pendek kata, betul sangat la perumpamaan Setajam Mata Pisau tu, ye tak? Sampai dah jadi satu kerja plak orang kita saman-menyaman disebabkan Status dalam Facebook ataupun Twitter atau yang seangkatan dengannya la. Jadi, bawak-bawak la bertenang ye kawan-kawan. 


Macam aku, suka sangat baca status sesetengah kawan yang kreatif dan menggastrikkan perut aku akibat tergelak besar sorang-sorang. Jenis kawan yang macam ni, status dia tak menyesakkan hati orang, bagi aku. Jadi hiburan lagi ada. Sebab dia tahu apa yang baik, apa yang buruk. Sesuai la dengan background, profesion dan ilmu yang dia ada. Ala-ala jadi Penghibur Tetap di Muka Buku, gitiew...! 


Berbeza kan keadaannya, kalau kena cara, penulisan boleh merapatkan silaturrahim. Sebab apa jua yang negatif, boleh diusahakan jadi positif. Sama la sebaliknya, apa jua yang positif boleh ditukarkan jadi negatif. Kita bebas buat pilihan. Cuma fikirkan la kesan dan akibatnya. Selagi hidup bermasyarakat, banyak yang nak ditimbang-tarakan.


Sekian.






...











Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan