Bulan Ditutup Awan


Wahai Janji Setia Sudah Diucapkan 
Aduh Kata Bersumpah Telah Kupadukan
Kini Engkau Pergi Jauh Membawa Diri
Tinggal Daku Seorang Dalam Sunyi Sepi

Nun Bulan Ditutup Awan
Terkenang Hati Bertambah Rawan
Wahai Jikalau Kutahu Janjimu Palsu
Tentu Tidak Kuturut Sedari Dahulu

Wahai Janji Setia Sudah Diucapkan
Aduh Kata Bersumpah Telah Kupadukan
Kini Engkau Pergi Jauh Membawa Diri
Tinggal Daku Seorang Dalam Sunyi Sepi

Nun Bulan Ditutup Awan
Terkenang Hati Bertambah Rawan
Wahai Jikalau Kutahu Janjimu Palsu
Tentu Tidak Kuturut Sedari Dahulu


...

Aku rasa lagu ni sexy bila arrangement nya jadi macam ni.
Dan 1st time aku tengok cara Yuna nyanyi sexy.
May be sebab selama ni aku takde la perati sangat cara dia nyanyi.
Ataupun sebab memang lagu ni dah menambat, menawan dan menakluk seluruh jiwa sentimentalku ini.

Rupa-rupanya dah banyak orang disampuk dengan lagu ni. 
Even dah berlambak orang blog tentangnya.
Tapi takde halnya, aku menambah nasi sekali-sekala lebihkan karbohidrat.
Aku ni memang peminat lagu2 lama. 
Elok sangat la depa duk bagi CPR kepada lagu2 tu semer, kan?
Cuma aku rasa kalau la Yuna ni kasik feeling sket masa dia nyanyi, lagi malatop..
Most of the time macam sengih aje dari awal sampai akhir, susah gak.
Pendapatan aku aje la pun..

Anyways, kalau korang perasan, perempuan tak payah nak dedah2 sangat nak nampak sexy.
Tutup segala pun still bleh kelihatan da bomb gitu!
Lagipun, semua tu kan subjektif... definisi tersendiri.
Dah nama pun perempuan, sah2 la ada curve yang tak boleh ditutup.
Pakai jubah flair pinggang ke bawah pun bleh jadi masalah kat certain guys.
So, terpulang la kepada niat masing-masing.
Yang penting, pandai bawak diri dan hiasi peribadi.
Insya-Allah, selamat...







Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin