Susun Atur Handbag Itu..

Salam. Kali ni aku nak borak pasal susun atur dalaman handbag (wanita). Ala-ala segmen terjah handbag artis la, kan? Walaupun bukan semua orang mampu gunakan Chanel sebagai "Beg Basahan" macam Dato' Siti Nurhaliza, tapi semua orang mesti ada beg basahan sendirian berhad. At the very least, kan? Tak kisah la brand apa pon, janji namanya handbag, maka entry nih ada kaitan la dengan aku, dia, kamu dan mereka semua kat luar sana.

Aku ni berdarah gemuruh type "E" for Extreme. Kalau under pressure ataupun nak cepat, maka tinggi la risiko nya tak jumpa kunci kereta, kunci rumah, pen, lipstik, two-way foundation atau apa-apa saja la yang aku campak dalam handbag. Especially kalau orang duk tunggu kat belakang nak masuk rumah, apasal la tetiba je takde kunci dalam handbag? Lalu, aku jadi sangat upset kat diri sendiri, rasa macam hopeless and good for nothing je setiapkali menda macam tu berulang-kali menimpa tanganku yang selalu tersesat dalam handbag! Why oh Why Baby, Tell Me Why?


Maka kami rakyat Malaysia pon berikrar akan menumpukan segala usaha dan tenaga kami demi mencapai cita-cita berikut: TAKKAN TANGANKU SESAT DALAM HANDBAG EVER...! Apa aku buat agak-agaknya? Ala, takde menda sangat pun, juz memanfaatkan Handbag Organizer dengan penuh rasa cinta pada Rukun Negara.


Pelan & Tindakanku diilustrasi melalui gambar-gambar amatur seperti berikut, ya kawan-kawan:-


1
Perkakas-Perkakas Itu

2
Diletakkan Di Dalam Handbag Organizer

3
Disusun Atur Di Dalam Handbag

4
Tersimpan Rapi Di Dalamnya...

Owh, sungguh bahagia rasa di hati sejak dua tiga menjak Susun Atur Keperibadian Beg Tangan ni menjadi rutin hidupku. Kunci rumah kejap aje jumpa. Kunci kereta pun kejap aje muncul. Lipstik, two-way foundation dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya elok aje duk dendiam menunggu aku ambik ikut giliran masing-masing. Sangat bagus untuk pengurusan darah gemuruh tahap "E" diriku ini. Mesti sebab aku asyik minum Ribena aje lately, tu yang jadi pandai sket carik idea penyelesaian. Aku rasa la, kan?


Apa-apapun, tak rugi kalau kita akui kelemahan diri, betul tak korang? Mana ada manusia sempurna, lagipun. Yang penting, kita pakat cuba ubah mana yang kurang. Kalau pun tak bawak faedah kepada orang lain, dapat manfaat kat diri sendiri pun dah bagus... Aku ni share aje, kot-kot la ada di kalangan korang yang mengalami masalah yang lebih kurang sama, boleh la try cuba test. All those handsome hunks out there, boleh la hadiahkan Handbag Organizers kat awek, isteri, adik, mak, kalau tak berguna untuk diri sendiri. Kan?


Sekian, selamat mencuba...!







Comments

  1. TPJ...kak su kejap je kemasnya. Pas tu ...kelam kabut semula.
    Tensen kan cari barang dlm henbag....kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe...! Heheh. Skrang ai guna beg mekap kecik taruk bhn2 utama. Kunci letak dlm kompartmen berzip. Baru tak teruk tergagau2.. Nak letak beg organizer tu kena handbag besor..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin