Sotong Goreng Alternatif

Assalamu’alaikum. Kot la korang bosan nak masak benda yang sama je, apa kata try buat kelainan sikit dengan menggoreng sotong ala Thai? Tapi kita ubah-ubah la resipi, ikut selera masing-masing. Aku punya macam ni:

Bahan-bahannya:
a* Sotong saiz medium, 4-5 ekor
b* 1 labu bawang besar
c* 4 ulas bawang putih
d* 3 biji cili padi, dibuang biji
e* 5 tangkai cili kering, dibuang biji
f* 3 batang serai, diketuk
g* 3-5 daun limau purut
h* 1 camca sos ikan/sotong
i* 1 biji lemon, diambil jusnya
j Garam & gula secukup rasa
k* Bawang besar dipotong gelang

Cara-caranya:
1- Tumbuk/blend bahan-bahan b - e (jangan lumat sangat).
2- Tumis serai dan kesemua bahan yang ditumbuk/blend kasar tadi sampai naik bau, masukkan daun limau purut. (Optional: masukkan paprika 1 camca).
3- Masukkan sotong, digaul mesra dengan bahan-bahan tumisan.
4- Masukkan garam, gula, sos ikan/sotong, jus lemon dan bawang gelang. 
5- Nak hias pun boleh, tambahlah lada besar sikit. 
6- Siap untuk dihidang.



Makan dengan nasi panas-panas, jodoh dengan sayur campur pun dah cantik.. tak payah banyak-banyak lauk. 

Ok korang, selamat mencuba!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan