Saga Nan Merah, Budi Nan Indah.

Assalamu’alaikum. Hidup ni kan tak selalunya indah, pasti ada waktu duka bertenggek di pintu utama, bergentayangan di segenap jendela. Yang membezakan kebanyakan kita adalah reaksi dan cara pendekatan terhadap kedukaan itu. Samada kita ingin terperangkap dan memerangkap suasana dalam kedukaan, ataupun mencipta sinar kebahagiaan dari segaris cahaya yang menyelinap masuk dari mana-mana jendela, kita yang tentukan.



Minda positif akan sentiasa mencari apa sahaja kebaikan daripada setiap kedangkalan situasi, perlahan-lahan berusaha mencipta senyuman dari kelat sebuah keadaan. Aura positif akan bertebaran dengan pantas sekali, menyebabkan orang di sekeliling turut sama merasakan secebis ruang menuju jalan yang lebih terang.



Jadilah orang itu, ciptalah kebahagiaan dari segelap-gelap suasana sekeliling. Sebarkanlah kasih-sayang, agar dunia menjadi lebih betah untuk didiami. Hati akan pasti tenang, setenang air di kali.



Pilihlah untuk mencipta kebahagiaan. Demi masa depan yang lebih gemilang.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah