Lala Masak Lemak Cili Padi

Assalamu’alaikum. Hari ni aku berhenti di 5 gerai masa kat Pasar Tani, i.e. gerai ayam, ikan, buah, sayur dan roti. Bibik nak singgah kat Giant hala balik pun aku tak kasi, sebab masa sampai kat kereta, jam dah menunjukkan pukul 9.27 pagi, pukul berapa nak start masak, kan? Awal-awal bulan ni confirm padat lain macam Giant, tak padan dengan barang kat tangan, beratur lama yang amat. Takat nak beli sayur, kat Pasar Tani pun ada yang buat promo harga RM5 dapat 3 barang. Dicampur dengan intonasinya yang berbaur arahan, aku gunakan kuasa veto julung-julung kalinya, sila pilih sayur kat situ aje. Sekali-sekala kena jugak tunjuk kuasa, walaupun dari segi umur memanglah dia lebih tua, tapi dah nama pun majikan, ko rasa?



Tadi kat gerai ikan, aku beli lala 3 bungkus dan talapia laut, selain daripada serba sedikit lauk lain. Teringin betul nak makan lala masak cili padi, sampai je rumah lepas bagi roti inti custard dan cafĂ© latte kat cik abang, terus mengerjakan lala di dapur. Selama ni kalau bibik masak, tak pernah lalu nak makan, sebab kuah obvious sangat bercampur dengan tanah. Kali ni, aku basuh sendiri: rendam dengan air garam, campur je garam kasar & garam  halus. Cara itu je la yang akan buatkan kulit lala mudah terbuka dan tanah tak berkumpul dalam sarangnya. Satu-satu aku belek, jangan sampai ada tanah yang bakal menggelodakkan kuah.



Untuk 3 bungkus lala ni, aku blend selabu bawang merah saiz besar, 4 ulas bawang putih, sebesar ibu jari halia, kunyit & lengkuas dan 4 biji cili padi. Tumis sekali dgn 3 batang serai yang diketuk. Nak lagi sedap, tumbuk dan masukkan segenggam udang kering. Tapi sebab aku allergic melampau dengan udang kering, ganti je dengan segenggam ikan bilis, tumbuk dan campak dalam periuk. Masukkan jugak asam keping 3-5, bergantung pada saiznya, karang terlebih masam tak sedap jugak. Nak kasi lagi menyengat, aku letak cayenne (macam serbuk lada, lebih kurang) dalam 1 camca. Dah naik bau tu, masukkanlah lala, gaul dengan bahan-bahan yang ditumis tadi. Bila lala dah tukar warna jadi macam koko sket, masukkan la santan. 



Macam ni aku kan guna pressure cooker, jadi bila dah masukkan santan, tutup periuk dan guna fungsi pressure, jangan lepaskan wap selagi belum 3 minit. Lepas tu baru aku letak garam & gula, dan pindahkan ke kuali untuk disempurnakan atas dapur. Nak pastikan garam & gula masak sekata, sebabnya pressure cooker kan slim je, xde cutting macam kuali yang gedabak.



Talapia laut aku suruh bibik goreng garing-garing, tabur bawang goreng kat atas. Sayur pulak, mak berbesar hati buat kerabu pucuk paku taruk isi ikan kerisi bakar, leftover semalam punya. Aku masa tu dah lapar sangat, tak sempat nak tunggu cik abang balik dari menguruskan kerja kat luar. Katanya dalam jam 1.30pm sampai rumah, tapi aku dah tak mampu tunggu, tahap kebulur yang amat. Aku ajak mak teman, makan berdua.



Dia sampai rumah 1.37pm, aku panggil junior dan teman dorang berdua makan. 1st time ever anak aku makan lala, sebelum ni dia tak nak sebab rasa pelik, ye la dah ada tanah mau tak pelik? Selera senior dengan junior, bahagia aku tengok.  Ikut mana pun, kena jugak turun padang walaupun weekend je. 

Bila aku masuk dapur, mak pun jadi semangat nak join sekali. Tadi masa tumbuk isi ikan dengan lada hitam, kerisik, garam dan gula kat sebelah mak, aku jadi sebak tiba-tiba. Mudah2an banyak lagi masa Allah pinjamkan untuk tetap bersama-sama bonda. Pedih pulak mata ni, aishhh..!

Okay la dah azan Maghrib. Marilah menuju kejayaan. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan