Osaka Castle In The Hill

Assalamu’alaikum. Banyak istana yang menarik untuk dikunjungi di Kansai, salah satu yang wajib jenguk adalah Osaka Castle. Seluruh jajahan takluk negara Orient mukabuminya berbukit bukau, bergunung ganang dan luas mata memandang. Tak kisahlah China, Korea mahupun Jepun, semuanya macam tu, tahan menapak, mendaki lagi dan lagi sepanjang masa korang di sana. Jadi, apa lagi nak dihairankan kalau kita berpeluh-peluh nak boleh sampai ke Osaka Castle ni? Pastikan korang jenguk awal-awal kawasan ni, sementara tenaga masih banyak dan kaki belum lenguh teruk. 



Nak ke Osaka Castle ni banyak kaedahnya, tinggal pilih je jaringan mana yang korang selesa, mana-mana pun kena banyak menapak jugak,sama je. Dah berjaya menapak dari stesen keretapi, menapak lagi keluar dari stesen. Ya, sungguh gedabak segala stesen, rasa macam eh, bilanya nak jumpa exit ni?



Misi menapak diteruskan lagi sebaik sahaja meloloskan diri dari stesen. Sayup mata memandang, oh... jauh lagi tau tempat nak dituju. Ambiklah gambar banyak-banyak kalau rajin, semua menda pun nampak teratur, bersih dan sebiji kulit kuaci pun takde sepanjang siarkaki, hokeh!



Lama-lama jalan tu, nampaklah akhirnya bayang kawasan istana, bolehlah lepak situ dulu ambik gambar satu dua round. Itu baru kawasan luar, belum perkarangannya lagi. Kena menapak dan mendaki lagi masuk ke dalam. Patut la orang pakat naik kuda masa zaman dulu kala, jauh bebenor nya! 



Saujana mata memandang, kan? 



Menapak lagi, mendaki lagi, bertapak-tapak, maka sampailah akhirnya ke perkarangan Osaka Castle yang sangat indah dan mempesona. Kulihat hijau....! Kombinasi warna putih dan hijau kuning ternyata memberi impak eksklusif lagi elegan. 



Cuaca yang indah dan angin yang nyaman membuatkan semua pengunjung bergembira di sana sini, riuh-rendah dengan suara kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Gerai-gerai pun penuh dengan pengunjung, dan tandas bergerak pun sama, panjang bukan main barisannya. Kami beli aiskrim dan panjat tangga di sebelah kiri, lepak kat taman berlatarbelakangkan istana yang tersergam indah menempa awan. Bayangkanlah kalau masa bunga Sakura sedang mekar merimbun, confirm breathtaking. Dah masa daun dan bunga semua takde pun lawa macam tu, subhanallah...!




Nampak kan beza keadaan di perkarangan istana dengan taman atas bukit? Lebih privacy dan romantik. Tempat duduk dan meja bulat daripada batu seramik banyak kat situ, memang khusus untuk makan agaknya. Angin lebih kuat kat kawasan tu, siap boleh terbang la sesiapa yang terlebih nipis badan. Aku takpe la, lebihan muatan masa tu, kan? Heheh.



Sebelum pulang, bergambar lagi sampai lebam, tapi takde la aku nak penuhkan semua dalam entry ni, karang sampai tahun depan tak habis skrol lagi...



Selepas berjaya menapak ke pangkal jalan, kami cari Starbucks untuk singgah minum kopi dan makan waffles. Selain Jepun, aku tak tau kat mana Starbucks yang jual waffles, dah la sedap yang amat! Anak aku dua pinggan pun boleh habis dia sorang, selalu ralat kenapa kat Starbucks KL takde jual waffles gitu.



Q di semua Starbucks kat Jepun tersangatlah panjang, sila bersabar. Kalau datang sorang, baik tapau je kopi dan minum kat tempat lain. Kalau datang lebih daripada sorang, sekurang-kurangnya ada gang yang boleh pergi cari dan book tempat duduk sementara kita beratur. Yang penting, sila jangan potong Q, orang Jepun penuh dengan adab, jaga sket imej negara kita, hokeh? 

Itu je kali ni, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah