Kisah Khamis Terakhir Tahun 2017

Assalamu’alaikum. Hari ni awal aku sampai ofis, sebab memang niat nak keluar ke Jalan Masjid India jam 12.30pm. Kisahnya hari Sabtu lepas aku tersalah ambik seluar kaler biru sekolah rendah punya, apa la! Masa try dah betul kaler hitam, entah apa kalut pun tau. Nasib baik la resit Kamdar yang aku buang dalam tong sampah cinonet Ikea belakang cermin masih belum dibuang. Boleh la pergi tukar, kan?



Aku ajak sorang staff aku ikut, bukan boleh harap sangat aku nak naik parking kat Semua House. Disebabkan lapar sangat, kami makan dulu kat food court, gerai Nasi Campur pujaan hati sejak zaman berzaman. Pergh... terbaik dari ladang semua lauk kat situ! Dah kenyang baru kami ke Kamdar menyelesaikan misi utama. Lepas tu aku terpanggil nak singgah kat kedai saree yang tauke nya dah kenal sangat aku, Madras. 



Tak pasal2 pekerjanya lilitkan saree dan suruh staff aku ambik gambar. Tetiba rasa macam tengah melancong kat India pulak, ada tutorial memakai saree secara live. Aku punyalah tergelak besar, tapi dalam masa yang sama rasa teruja sebab tak pernah melalui pengalaman macam tu. Oh, of kos la aku bawak balik saree hijau zamrud ni, kan? Mak tak berkenan, tapi eh takpe la, aku yang nak pakai. Heheh. Aku belikan jugak sorang satu saree kasi hadiah kat staff, ye la bonus dah la tak mampu nak kasi, kan? Patutnya kami pergi Mydin beli barang2 ofis tapi memandangkan masa dah lari, kami balik je ler.



Malamnya lepas Maghrib aku ajak bibik temankan anak bertuah pergi alter seluar sekolah, dia suka kaki skinny macam k-pop. Muhammad pun ikut sekali, seronok la dia boleh jalan-jalan. Siap bawak dia singgah Aeon Mall lepas selesai drop seluar kat tempat alter. 



Happy tengok abam dengan adik bonding macam ni, Alhamdulillah. Esok minggu terakhir kita berada pada tahun 2017, minggu depan dah tahun baru. Semoga kita semua akan lebih produktif, inovatif dan bersemangat waja tahun baru nanti. Insya Allah. 

Sekian dulu, terima kasih sudi mampir. Jumpa lagi, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Hari Selasa Yang Melelahkan

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker