Berjimba di KLCC, Jumanji Time!

Assalamu’alaikum. Aku memang dah janji dengan anak dan bibik nak pergi tengok wayang cerita Jumanji, tapi takde la tetapkan hari bagai. Balik kerja semalam aku makan nasi awal, sedang elok masuk waktu Maghrib, anak join sekali. Tanya dia nak tengok Star Wars bila, katanya dia tak minat sangat, lagi semangat nak tengok Jumanji. Elok je daddy balik setengah jam kemudian dan dia free, aku naik pilih waktu tayangan. Kebetulan ada 2 tiket free yang belum redeem dan offer untuk 2 tiket free kalau renew Movie Card membership TGV dengan tolak Movie Money dalam akaun, kami berempat pun pergi tengok cerita Jumanji di KLCC. Memandangkan tayangan jam 10pm, sempatlah solat Isyak dulu sebelum naik grab ke destinasi tujuan.


Lepas beli pretzel Auntie Anne’s untuk anak, dan sementara tunggu daddy beratur beli popcorn Garrett, kami pakat ambik gambar dulu. Meriah betul dekorasi Krismas di KLCC, jenuh manusia memenuhi segenap ruang untuk bergambar kenang-kenangan. Aku pun tak lepaskan peluang, cantik kot nak tengok saja tak ambik gambar bagai! 



Macam biasalah, asal pergi tengok wayang je aku mesti akan pakai sweater, sejuk nanti tak fokus pulak pada cerita, kan? Stokin pun gambar kartun, yang biasanya aku buat tidur, gasak aje la, asal jadi. Mula2 nak pakai denim skirt tapi bila ingat risiko lutut mencucuk dalam suasana wayang yang sejuk, aku tukar fikiran, pakai je la jeans. Alhamdulillah, keputusan yang bijak.. dah la lepas habis cerita, eskalator dah tak berfungsi, kena menapak turun secara manual. Dengan stokin tebal dan seluar jeans, takde masalah ngilu dalam lutut. Dah tau sakit, kena la sedar diri, kan? Hurmm...



Banyak gambar nak share ni, layankan aje, ya..



Kabin yang sangat lawa, aku pulak memang dari zaman remaja berangan nak duduk dalam kabin.. dapat ambik gambar macam ni pun dah happy gila. Kalau baca novel Barbara Taylor Bradford dan Danielle Steel dulu-dulu, panjang betul angan-angan tentang kabin ni. Terasa cozy lain macam tau keadaan rumah style gini, tempat kita tak sesuai la nak buat. Duduk dalam hutan, takde nya aku berani, entah apa2 karang boleh jadi.



Bibik lagi la teruja daripada kami, siap melompat-lompat macam budak kecik. Aku tumpang happy tengok dia, layankan aje dia nak bergambar kat spot mana. Katanya nak besarkan gambar kat bawah ni, lawa sangat puan ambik. Hurmm... asal ko bahagia, bik!







Anak teruna aku tak sibuk nak bergambar, bukan anak perempuan, kan? Kalau anak saudara aku si Athiyya ada, haruslah sama naik posing dengan Mak Lom dan bibik! 

Dah lebam bergambar, pergi cari daddy dia. Tak lama dah tunggu waktu seating, masuk dalam layan iklan dah setengah jam, baru keluar Jumanji, biasalah. Rekod kali ni daddy junior tak tidur sepanjang cerita, gelak aje keja dia. Adoi, memang tak kuasa betul kelakar Jumanji ni, feel good movie to the max! Bibik paling kuat ketawa, sampai ke sudah, maklum la peminat tegar Jumanji. Aku rasa nak tengok lagi sekali, punyalah best cerita ni. Sejenis cerita yang aku takkan pernah bosan nak ulang tonton, sampai bila-bila, confirm akan jadi klasik. 

Jack Black terutamanya bagi aku, sangat-sangat ohsem, aku sampai hari ni boleh gelak sorang2 teringat beberapa adegan dalam Jumanji tu. Menjadi betul dia berlakon sebagai budak perempuan yang stuck dalam badan lelaki, comel yang amat. The Rock pun best jugak, rasanya ni 1st time watak dia yang aku betul-betul minat. May be sebab aku suka shy guy, kot. Kevin Hart apatah lagi, memang bikin pecah perut satu panggung. Karen Gillan lawa gila dalam cerita ni, badan dia pergh... tak berkelip, baq hang! 

Watak-watak remaja cerita ni pun tak kurang hebatnya, cerah masa depan dorang. Favorite aku Spencer dan Bethany, susah nak explain, korang kena tengok sendiri. Actually cerita ni sarat dengan pengajaran dan mesej yang sangat berguna, bagus untuk para remaja di luar sana. Pergi la tengok, tau! 





~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Pesuruhjaya Sumpah Setiawangsa