Dik Nissa Dari Acheh

Assalamu’alaikum. Kami selama ni kenal di alam maya saja, tak pernah bersua muka, dah bertahun-tahun lamanya. Dari dia masih kuliyah sampailah dah kerja, dari dunia blog (KLIK SINI) ke facebook dan instagram, akhirnya baru-baru ini kami diizinkan Allah untuk bertemu empat mata. Alhamdulillah... silaturrahim dipanjangkan.



Dari Acheh dia datang, bercuti ke Thailand dan singgah di Kuala Lumpur. Bonda masakkan nasi Arab fusion signature dish perayaan, khas untuk menyambut tamu istimewa. Ikut rencana asal, Nissa akan datang bersama dua lagi sahabatnya tapi takdir hanya menghantarnya sendirian ke Setiawangsa. Seronok tengok dia makan, tak takut untuk mencuba kulinari tempatan. Kari kambing, sambal tumis sotong, acar timun, sambal belacan dijodohkan dengan nasi Arab, semuanya dia sucihati cuba menikmati. 



Terkilan sangat, aku tengah teruk menanggung migraine masa tu, sepatutnya boleh lebih dimanfaati masa bersama. Nasib baik Nissa peramah dan tidak kekok berbual mesra dengan bonda dan bibik. Aku tak sedar, terlelap masa naik ambik barang kat atas, ada jugak setengah jam, maklumlah tindakbalas telan ubat migraine.




Seronok dapat jumpa fellow bloggers ni, aritu dengan Shay di Paris, Puan Gee di Putrajaya, Elly di KLCC, Kak Yan di Shah Alam, Kak Saniah di Aeon AU2, Ifrah di Berjaya Times Square, dan terkini, Anissa Mulia di Setiawangsa. Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan. Itulah indahnya silaturrahim.


Bonda dan bibik pun sangat happy melayan tetamu yang cantik manis dari Acheh ni...



Semoga ada kesempatan lain untuk kami berjumpa lagi pada masa hadapan, Insya Allah. Mana tau esok lusa aku ke Acheh, kan?



Terima kasih sudi mampir ke teratak kami, dear Nissa. Ampun maaf atas segala kekurangan. Segala yang terindah semoga menjadi milikmu nan abadi.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan