Play Tourists In Downtown

Assalamu’alaikum. Hari ni dari pagi sampai petang aku duk menapak sana sini, baguslah boleh pecahkan lemak... dah pulak lately kuat betul makan. Sebelum
Zuhur aku turun KL dengan anak bujang, berdua je naik uber. Kali ni dia ikut sekali untuk beli barang2 sekolah, tak macam tahun-tahun sebelumnya. Kali pertama jugak aku shopping kat Kamdar, banyak rupa-rupanya boleh jimat berbanding beli kat Ampang Point. Baju, seluar, stoking, kasut dan beg sekolah semua dah settle. 



Pitstop kita: Burger King. Tak berapa kena dengan selera aku sebenarnya makan burger masa lunch, tapi layankan aje. Tak sabar nak balik rumah makan nasi lauk lala masak pedas yang aku mintak bibik buat. Aku basuh sendiri lala lepas balik pasar tani pagi tadi, tinggalkan yang dah bersih kat bibik.



Anak bertuah tu siap terus pakai beg galas yang dia pilih, tersengih je kegembiraan. Kami menapak ke Wisma Jakel cari baju Melayu untuk hari Jumaat, kat Kamdar dah habis saiz 14-15 tahun. Saspen jugak takut takde, kena beli kain dan tempah macam tahun lepas. Saiz XS yang muat dengan dia susah nak cari, kalau ada pun warna lain. 



Lama jugak la tunggu sales assistant pergi cari stok, nasib baik ada sepasang koleksi Aaron Aziz saiz XS. Memang rezeki budak bertuah ni la, Alhamdulillah. Kejap je tu pakai, tak sampai setahun dah singkat. Orang baru nak naik, gitu la...



Yours truly pasrah je ler...



Dah dapat apa yang dicari, kami solat Zuhur di surau Jakel dan of kos la mummy kena singgah pitstop seterusnya: Ariani. Ada Jualan Akhir Tahun, takkan la tak nak jenguh jamu mata? Erk... kalau tak sebab nak guna banyak duit untuk anak masuk sekolah, memang masak la aku timbang kati. Takpe... nanti banyak lagi jualan segala bagai kat Ariani tu. 



Sedang elok azan Asar kami dah sampai kat Masjid India, menapak ke stesen LRT nak balik rumah. Junior kata dia teringat masa pergi Jepun jalan-jalan macam ni, biasanya kat Malaysia asyik naik kereta je. Suka sangat dia bila aku kata dia nampak macam tourist duk galas beg macam tu. Dah besar anak mummy, adeh!



Dah sampai ke stesen destinasi, kami menapak je balik rumah. Berdepa-depa dia tinggalkan aku kat belakang, walaupun semua barang dia yang bawak. Kejap-kejap dia toleh ke belakang, sengih kat mummy yang macam siput sedut berjalan. Kat downtown tadi siap jalan pegang tangan, terasa best sangat moment tu. 



Sampai rumah, aku solat Asar dan makan nasi macam yang aku impikan dari tadi. Alhamdulillah tercapai hasrat. Esok nak bawak dia cari alatulis pulak, minggu depan gi beli buku kat sekolah. In between semua tu kena jugak curi masa bawak dia gunting rambut. Selagi tak dekat bukak sekolah, selagi tu la dia nak bela rambut berserabai gitu... tak nak potong. Aku mintak maaf tak dapat bawak dia jalan-jalan cuti kali ni, dia senyum je. Takpe katanya, bukan tak pernah jalan. Hurmm... ye lah. 

Tadi bawak dia makan steak, dah lama tak ke Me’nate katanya. Daddy order tadi banyak jugak, sesuai la untuk makan bertiga. Fries je tak habis, tapau sambung makan kat dalam bilik dia. Dah brief dia pasal alatulis, buku dan gunting rambut masa makan. Dia angguk je, “Aight” jawabnya, sambil tersengih. Ok la tu boleh sengih. 

Korang selamat berhujung minggu yang panjang, ya... dan Merry Xmas kepada yang menyambutnya. Sampai jumpa lagi, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan