Ikan Di Laut, Asam Di Darat. Dalam Kuali Bertemu Juga.

Assalamu’alaikum. Ini kisah minggu lepas, hari Sabtu. Kenduri kahwin kat sebelah Lembah Kelang pulak, sama2 memeriahkan majlis dan memenuhi undangan. Panas betul minggu tu, matahari sejengkal atas kepala, dah pulak kena beratur bagai mengiringi pengantin masuk ke Dewan Kekwa, Shah Alam. Aku kagum dengan diri sendiri sebab boleh berbaju kurung saree lagi tengah-tengah panas!



Takde nak simpan pakai raya pun, dah melaram bawak pergi kenduri! Lawa kan warna biru ni? Jatuh cinta lagi dan lagi setiapkali aku pandang warnanya. 



Kaum kerabat aku dari Temerloh memenuhi dewan...



Acara wajib sebelum bersurai, haruslah havoc kat pelamin orang, kan?



Dah besar sepupu-sepupu aku, time ni la rasa kertu dan remaja purba naw2...!



Macamana la pengantin tahan panas bersongket bagai eh? 



Sepupu aku si Athirah ni dah jadi orang Shah Alam, mak cakap nanti nak jemput datang rumah, jamu makan pengantin. Tapi itulah, balik je dari kenduri hari tu, mak dengan aku pakat tumbang secara duet pulak.. demam beriya.



Lepas ni giliran siapa pulak nak nikah? Haih... adik2 aku lagi dua orang belum lepas, takde nampak bayang pun nak makan nasi minyak. Sibuk duk sambung belajar dan travel merata dunia ada ler... 

Ok la, lain kali kita cerita lagi. Kisah ikan dan asam yang bergaul dalam kuali ataupun apa2 je la yang suaimanfaat nak diceritakan. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa nanti! Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan