Moksu Dah Nikah...

Salam. Adik ipar aku yang paling bongsu dah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, si Amin dari Berserah, Kuantan. Majlis akak nikah dan resepsinya diadakan penuh adat resam seperti selayaknya. Selepas akad nikah sempurna di masjid berdekatan, kami pakat bersilat di rumah, melayan para tamu, saudara-mara, sahabat-handai jauh dan dekat. Kami 3 beranak pakai baju tema biru, aku siap beli baru kat Aeon waktu rehat pergi lari sekejap. 


Moksu kata baju pengantin warna biru, banyak la ko punya biru, dik! Jenuh aku telek kat mana yang birunya entah.



Hari yang sama, sepupu aku si Abg Wan akhirnya bertemu jodoh dengan orang seberang jalan. Family aku tak sempat makan kat kenduri rumah family mertua Abg Wan sebab terus berkejar dari Temerloh ke Kuantan, meraikan majlis resepsi Mok Su. Gambar keluarga mertua bersama pengantin aku belum mintak dgn Moksu, mana yang ada je la, ya?



Junior diapit mummy dan daddy... Kenduri awak nanti entah macamana la agaknya, nak..! 



Budak berdua ni last sekali jumpa 6 tahun lepas.. sekarang dah ranum anak dara sunti, ko rasa? Haa... yg tudung kuning tu daddy Ajieq duk sibuk kenen2 dgn dia, ish... mummy buat relax je, awal bebenar kot ya pun nak try ejas dengan anak kwn baik dia, kenn? Anak orang tu kan main pandainya belajar, hafizah bagai... segan mummy ni ha.. (hahaha alasan!)


Majlis bertandang pulak diadakan seminggu selepas, pergh... back to back kot balik kampung! Kali ni aku dengan suami je la matchy-matchy.. ajieq main bedal je baju mana yang dia selesa. Setengah jam perjalanan dari rumah mertua aku, kejap je dah sampai rumah besan dia... huntong laa...!



Bibik pakai kebaya saree warna lavender yang aku pass kat dia, kan main lagi melaram duk sebelah mem! Jenuh aku cari ganti kat kedai, tak jumpa tau kain saree style tu sekarang. Nanti la aku gi cari lagi bila2 free.


Baju aku tu baru siap, P.A aku si Tikah yang jahit. Lawa warnanya, i loike...! Dah la selesa dipakai, lawa pulak dipandang, ko rasa? Muahahah masuk bakul angkat sendiri!



Pengantin kita baju kembang2... modern sungguh adik ipar aku punya taste, tak macam kakak ipar dia #teambajutradisi sampai ke sudah. 



Wajiblah tumpang bersanding, kenn? Dah mamat tu pegang kipas pulak, motif tak diketahui.



Selesai sudah, bawak-bawak la balik...



Aku doakan segala yang terindah menjadi milik pasangan mempelai, mudah2an bersabar melayari bahtera pernikahan yang penuh suka dan duka. Ameen...!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan