Lovely Lace

Assalamu’alaikum. Baju kurung modern daripada kain lace memang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Kalau zaman dulu-dulu pengantin je pakai baju lace, lama-lama kemudian mak pengantin pun pakai jugak sekali masa majlis resepsi. Dah tu, tak payah tunggu majlis nikah kahwin pun sebenarnya nak pakai baju lace. Boleh je pakai bila2 masa yang dirasakan patut dan perlu, selagi namanya sesuai dengan majlis. 



Macam aku pulak, sebelum ni baju lace tak penuh sampai kain sebab lebih selesa dipadankan dengan kain satin dipotong A. Tapi 3 tahun lepas aku berkenan sangat kat lace biru-pink, beli sampai 4 meter sekali dengan matching satin. Tempah bukan main lagi, sudahnya tergantung sepi dalam almari tak tergamak nak pakai. Sehinggalah minggu lepas, pertama kali mengenakannya ke majlis resepsi pernikahan anak seorang kawan di Cassa Detik, Jalan U-Thant. Ye lah, gila nak pakai masa kenduri kahwin Kat kampung? Karang lawan pengantin pulak, itu sudah biadap namanya, weh!



Macam tak percaya je aku akhirnya berjaya merasmikan baju yang gojes itu di samping partner-in-crime terkasih. Itu pun sebab dia last minute tukar fikiran nak pakai baju Melayu warna biru lembut, maka keluarlah lace biru-pink itu dari gerobok Cik Puan Tak Pe Je. Kalau tak, entah bila2 entah akan dirasmikan, if ever.






Pengantin dan mak pengantin hari tu berbusana indah daripada lace jugak, kira aku berada di majlis yang sesuailah kan? Ye lah, nanti raya puasa aku buat stunt pakai baju lengkap lace atas sampai bawah pulak, ada bran? 

Kalau nak pakai raya, kena la cari lace lembut lebih daripada biasa... dikhuatiri mati kepanasan ko, makcik! Apa2 pun, marilah kita sama2 hidupkan busana tradisional yang sejuk mata memandang. Lovely, isn’t it?

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan