Raya Awal Nampak?

Assalamu’alaikum. Wah.. sungguh best takde air lama-lama ni, kan? Kulit pun dah jadi terlebih mulus duk mandi air tadah. Nasib ler dah jenis kulit sensitif, kenn? Masa ni baru reti nak hargai nikmatnya air yang mencurah-curah bila bukak paip. Biasa la kan, lumrah manusia memang begitu, dah hilang nikmat baru reti bahasa. Aku tak terkecuali, nama pun insan.



Tapi semua tu tak menghalangku daripada bergaya irama Malaysia hari ni, terus pakai baju yang baru dapat daripada tailor malam semalam. Kain ni P.A aku si Tikah yang bagi, lip lap semacam je.. berbatu-batu gitieww..! Lawa naw2 bila dah jadi baju, ko rasa?



Dalam gambar tak nampak, tapi ukurannya lebih seinci ni daripada badanku. Tailor baru ni, dia belum biasa dengan ukuran aku.. hari tu masa buat plain saree kaler hijau dah jadi sekali. Pegi ukur badan sendiri depan dia, senang nak repair apa yang patut. Dah sekarang balik asal pulak ukurannya, macam tak pernah ukur inci demi inci badanku ini. Hurmm... jenuh nak kena hantar semula kat dia. Sabar je ler...!

Walau macamana pun, kiranya hari ni aku raya awal ler... 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker