Bokitta Blues

Assalamualaikum. Aku mula try tudung Bokitta yang Vietnam punya,  masa tolong adik ipar jual dua tahun lepas. Ada la dua helai yang aku beli untuk diri sendiri,  cuma tak berapa gemar pakai. Rasa pelik sikit,  terutamanya getah kat bawah dagu memang buat aku rasa tak selesa. Minggu lepas tetiba je aku teringin nak try yang original, boleh bandingkan dengan yang tiruan. Hari Jumaat aku pun pergilah ke Parkson KLCC,  sambil-sambil 'me-time' barang sejam dua.


Aku takde la obsess macam pengikut tegar Bokitta, tapi aku bolehlah faham sekarang kenapa orang sanggup bayar harga mahal nak beli yang original. Cukup selesa dan terletak bila pakai.  Lepas ni takde la aku asyik pakai tudung syria je masa pergi travel ataupun keluar jalan-jalan hujung minggu,  terutamanya pada sebelah malam. Ada la jugak variasi dan kelainan,  bila dah ada koleksi Bokitta sekarang ni. 


Memilih tudung kalau nak puas hati kenalah pergi ke butik sebenarnya,  tapi disebabkan aku baru nak berjinak-jinak dengan tudung ni,  takpe la kan. Gambar tudung kat atas yang warna beige tu aku tak ambik sebab takde size yang aku nak. Mana yang urgent je la dulu ambik, cukuplah 3 helai yang boleh masuk dengan majoriti baju dalam gobok.  Itupun rasa berat je nak membayar,  ko rasa? 


Warna biru lembut ni mengingatkan aku pada koleksi tudung bawal masa kuliah dulu,  memang banyak aku beli warna denim. Lagipun senang nak masuk dengan t-shirt dan jeans,  maklumlah student kan.  Bila nampak ada warna ni kat Parkson aritu,  aku tak teragak-agak nak ambik. Nostalgik gila bila pakai,  mengimbau kenangan silam yang penuh suka-duka. 


Cuma bezanya ye lah,  sekarang dah 4-series dan jeans pun takde la jadi uniform harian.  So, adakah aku akan menambahkan koleksi Bokitta lagi pada masa akan datang?  Ye,  sudah pasti, itulah jawapannya.


 Walaupun aku dari zaman bujang suka belit-belit shawl ikut mood dan keserasian, aku juga pentingkan praktikaliti dalam kehidupan. Bokitta ni macam jugak tudung-tudung segera yang lain,  memenuhi kriteria yang aku sebut tadi.  Jadi,  memang patut la aku join the club. Tinggal lagi,  aku jenis tak kisah nak pakai yang Vietnam punya pun,  janji selesa.  Apa-apa pun,  kena sauk dulu kat muka dan rasakan keselesaannya di bawah dagu.  Selebihnya, tanyalah dompet dulu,  apa kata isinya. 

Paham kan? 

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan