Serahkan Pada Yang Pakar

Assalamualaikum. Balik dari Perhentian aritu,  anak bujang aku mengadu sakit telinga,  masuk air masa menyelam. Nak bawak jumpa pakar ENT punyalah tak sempat, 'terpaksa' jumpa doktor kat klinik bawah ofis je. Doktor suluh telinga dan bagitahu memang dah ada infection sebelum masuk air,  kira pemangkin kepada masalah yang dah sedia ada bila menyelam kat laut dan kolam renang. Dapatlah antibiotik 5 hari makan, lega jugak sakitnya kata Junior. 

Hari berganti hari,  cukuplah haul habiskan antibiotik, bila anak kata dah tak sakit, legalah mummy.  Dah pulak masa nak pergi sekolah minggu lepas aku tengok dia lain macam,  muka kelat lagi monyok, terpisat-pisat segala. Bila ditanya,  katanya telinga lagi sebelah pulak sakit. Cuaknya lahai,  nak patah balik dah nak sampai sekolah.  Pesan kat cikgu dia, kalau anakku mengadu tak tahan sakit,  tolong maklumkan segera. Petang tu masa ambik,  dah mengadu sakit kepala pulak. Dah la telinga berdengung,  kepala pulak bergendang. Ok,  bab tu aku ikut instinct nak bawak check power spek,  kot la ada kaitan dengan mata.  Tepat sekali,  maka tukarlah lense baru dan kekalkan frame lama. Balik tu bagi makan sebiji panadol,  dia tidur sampai pagi esok. Bagitau cikgu dia siap-siap nak bawak jumpa pakar telinga,  nanti hantar MC.


Walk-in aje, takde appointment pun pergi ke Dato' Dr.  Harnam ENT Specialist Hospital dekat dengan MAIWP.  Maka,  bercinta ler menunggu sebab doktor akan attend yang dah ada appointment. Dua jam jugak la baru boleh masuk,  sempat aku siapkan kerja yang diangkut dari ofis. Juggling all the way,  as usual,  nasiblah...


Jumpa Dr.  Anam,  yang lebih memilih untuk berbahasa Melayu sepenuhnya sampai aku segan nak cakap campur omputih.  Telinga kanan yang mula-mula sakit aritu dah ok,  cuma perlu dibersihkan kotorannya. Telinga kiri yang baru sakit tu pulak, bengkak dan menghalang laluan untuk dicuci.  Gegendang takde masalah,  cuma infection tu disebabkan oleh penggunaan putik kapas dari telinga kanan aritu. Budak,  mana dia tau beringat masa guna, tau nak cepat je. Mak budak pulak bertuah sangat, terlepas pandang nak ingatkan sebab anak dah besar kekdahnya. Balik ler dulu,  makan antibiotik dan ubat surutkan bengkak sebelum datang semula untuk doktor cuci telinga kiri. 


Kami ok je. . Sebab boy dah happy,  telinga takde dengung dan kepala pun tak bergendang lagi. Hari Sabtu kan,  mummy dah tak payah angkut paperwork segala bagai,  lepak beriya sambil baca buku 'Rules of Love' sambil tersengih sendirian. Si bujang baca buku cukup 1 bab aje,  dah malas. Ok,  ok,  mummy kawal diri jangan melenting... At least dia nak jugak baca walaupun sesaat. Dah nak exam, itu yang aku bawak dan bagi kat dia suruh baca. Cubaan yang bagus, ye?  


Hurmm...  Ke laut! 


Dr. Anam puas hati dan aku lega sungguh masa tengok TV yang tunjuk keadaan dalam telinga anak. Bengkak dah takde dan lepas dicuci segala kotoran, boleh balik rumah tanpa ambik sebarang ubat. Gegendang pun cantik,  takde masalah.  Alhamdulillah...


Mummy muka redho je la lepas bayar bil,  ko rasa?  Tapi bagi aku,  hospital ni takde la cekik darah tak tentu pasal.  Sesuai la dengan kepakaran doktor,  ubat dan perkhidmatan yang diberikan.  Klinik biasa pun pergi aritu takat suluh telinga,  bagi antibiotik, ubat tahan sakit dan MC kena bayar dekat RM150. Dekat hospital pakar ni siap cuci segala kena RM240. Beza RM90, kita dah boleh tersenyum gembira sebab jelas nampak secara zahir keadaan dalam telinga anak.  Nak kerja pun tak sibuk nak susah hati fikir yang bukan-bukan, ye la bab telinga ni mana boleh buat main-main weh... Masa depan dia tu! 


Hari Sabtu pun pakai baju kurung?  Haa..  Takpe je kan? 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan