Nuffnangx

Thursday, 5 November 2015

Rasa Yang Mencengkam, Luahkan Melalui Kraftangan

Assalamu'alaikum. Lama tak berceloteh kat sini, rindu pulak kat korang.. Macam hujan, gerimis mengundang kadangkala menjadi lebat. Aku ada je tapi banyak menda nak kena selesaikan. Waktu-waktu yang terluang aku habiskan, bukan actually aku curi-curi luangkan untuk buat kerja-kerja kraftangan. Kenapa, tak percaya? Well, percayalah. Aku kalau dah start buat something bukan boleh separuh jiwa, selagi tak sehabis daya maka aku takkan boleh berhenti. Because I'm extreme like dat, that's why. Kalau aku terrorist susah semua orang aku rasa. Tapi sebab aku seorang yang penuh rasa cinta, phewww selamat.  

Aku ada masalah tidur dan terlampau banyak idea sepanjang waktu berjaga. Err.. Ataupun mungkin sebab terlampau banyak idea sampai tak bleh pejamkan mata? Haih... Mana-mana je la. Cuma kali ni lagi pelik sebab aku dah macam nak duduk kat kedai hardware 24 jam, termenung lama-lama kat segala bagai alat DIY. 

Aku mulakan dengan projek buat meja mini untuk hidangkan minum petang kat cik abang. Tunggang terbalik pegang gergaji seumur hidup itu yang pertama kenn.. Lantak la aku malas nak bersabar dan betulkan segenap sudut, tak menyempat-nyempat nak tengok siap. Ala, ketidaksempurnaan itulah seni sebenarnya. (Alasan!)


Aku nak beli Magic Saw dari Go-Shop tu nanti, boleh la betulkan semula kayu yang panjang pendek macam apa-apa entah. Lagipun boleh la aku buat macam-macam kraftangan dengan botol dan kaca. Oh ya, adik aku ada datang dari Rawang masa tu, dia la yang tolong paku dan gergaji supaya lebih cepat siap. Terhegeh-hegeh sangat aku gergaji kayu, dia buat kejap aje. 


Aku obsessed jugak dengan pinggan bertingkat, lama dah carik kat kedai nak ganti stainless steel yang bibik lama rosakkan sampai berkarat. Tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati, aku buat je sendiri. Padan muka pinggan! 


Oh, itu korang bleh nampak cara aku susun charging station kat meja TV. Degung-degang aku tukul dengan penuh rasa kekok tapi takpe, jiwa aku kental. Siap jugak akhirnya. Senang orang datang nak charge bateri henfon, tak payah tertonggeng-tonggeng tak senonoh depan TV, menghalang view. 


Ni projek pinggan bertingkat yang lebih posh, kali ni aku terpaksa mengalah dan mintak bantuan orang lain. Sebabnya aku takde kudrat nak guna drill, tak bergerak pun pinggan tu, apatah lagi nak tebuk lubang bagai. Pinggan ni lama dah aku beli, murah je tapi aku sayang gila sebab bunga ros sekuntum-sekuntum macam tu susah nak dapat. Kalau baju kurung corak macam tu pun aku suka. Ya, I love red roses so much!  Sekarang kalau hidangkan minum petang, memang guna pinggan bertingkat ni. 


Bab menyusun atur tandas memang dah jadi rutin hidup seharian, tak kisahlah aku pegi mana pun. Yang ni aku susun balik deko tandas kat ruang tamu, recycle barang dalam rumah je pun. Deko yang bajet, kata orang. Tandas ni mak yang selalu guna sebab sebelah bilik dia je, tapi sekarang dengan aku sekali suka guna. Itulah sebabnya aku beriya susun atur, kenn? 
Jarang-jarang masuk ofis, aku naik rimas pulak bila tengok keadaan surau dan tempat ambik wudhu'. Maka apa lagi, aku kulu kilir la buat apa yang patut demi menyelesakan semua penghuni ofis. Betulkan susunan penyapu dan mop, betulkan bingkai cermin yang tertanggal, rapikan cara menyimpan telekung dan sejadah, ala menda-menda basic je pun. Tapi sebab takde yang peduli, maka aku ambik peduli. Nak suruh orang susah, baik buat sendiri.


Kadang-kadang orang tak perasan ada cara yang mudah nak tenangkan perasaan, terutamanya di ruangan solat. Bagi aku semua tu penting, sebab mata aku memang tak boleh terima menda-menda serabai.


Ni pulak cara menyusun barang mencuci kat bawah sinki. Berterabur kat bawah tu dah kenapa tak susun elok-elok kenn? Nak bagi rapi, aku ikat sini ikat sana, biar senang lepas ni bibik tinggal ikut je kalau tak nak bingit telinga.


Kalau rumah tak mau dipaku-paku, maka kita buat cara yang ikat-ikat gitu. Tak yah keluarkan belanja besar pun, ikut kemampuan sudah. Kena fikir di luar kotak je, Thinking Outside of the Box terjemahan secara langsungnya.


Ok. Ni cerita kat luar rumah pulak, kisahnya dah elok kemas dalam rumah, bibik aku pegi lambak macam-macam benda kat luar rumah, selagi ada ruang. Aku memang kena banyak bersabar, kalau tak aku akan bertukar menjadi seekor naga berapi. Aku gunakan tension rod dan hooks untuk cipta mini stor kat tepi ampaian besi, letakkan kelengkapan BBQ dan perkakas berkaitan dengan kereta. Kot-kot la nak merasa kena jeritan berapi orang yang banyak bersabar macam aku ni, silalah padatkan semula ruangan yang dah teratur itu! 


Siap ada label tu, jangan buat drama bagitau arang tak tau letak mana lepas ni sudah. 


Bila dah rapi susun-atur tempat-tempat asas kat rumah dan ofis, maka tenanglah hatiku untuk terus berkarya dalam bentuk yang aku mampu. Nak buat lagu karang dalam hati je mampu, nak melukis orang lidi pun tak reti. Jadi aku buatlah menda yang aku tau. Pinggan bertingkat tu aku punya keja jugak, bingkai gambar bling-bling tu pun sama. Daripada buang brooch dan aksesori yang rosak, ada baiknya kita lekatkan kat bingkai gambar. Meletup gitu!


Sempena harijadi adik bongsu aku 2hb November aritu, aku buat bingkai gambar khas untuk dia dan letakkan semula dengan penuh bergaya kat atas meja. Dah besar dia, tahun depan dah abis double degree Law. Sedih hatiku masa buat bingkai tu, teringat kat arwah ayah. Adik dah besar, ayah! Kakak masih jaga dia sehabis baik...


Gambar-gambar kami punyalah bersepah dalam bingkai sampai tak muat meja, apa cerita? Meh sini aku letak satu diari gedabak dalam bentuk yang lain sikit, kita gunakan bidai. Dah bosan tengok yang tu, senang je nak tukar gambar lain nanti. 


Genie In The Bottle? Hurmm... Never Release Me, Baby! 


Aku Yang Masih...


Kita tukar cara sekali-sekala, apa ada hal kenn? Bekas-bekas kaca tu pun bukannya kedap udara pun, letak biskut habis lemau tak sampai sehari. Bawak-bawak la tukar kegunaannya pulak sekarang, biar jadi tempat kurung kenangan pulak. 


Haa... Yang ni aku siapkan arini lepas ofis hour. Botol sos tomato yang ditatarias menjadi pasu, tinggal nak cari bunga je dah taruk kat dalam. 


Aku tak tau la bila nak perlahan meter kraftangan aku ni, nampak makin laju dah langgar had lebuhraya. Kalau dengan cara tu aku boleh fokus dan bertenang, Insya Allah semuanya akan jadi ok. Ameeen. 


Because life is so short, let's make a difference one way or another. Take care, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.











2 comments: