Nuffnangx

Tuesday, 10 November 2015

Bermain Dengan Ruang

Assalamu'alaikum. Bukan semua orang punya rumah yang besar dan luas, terutamanya yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur. Tapi sebenarnya ruang yang terhad membuatkan kita lebih menghargai apa yang ada, dan otak kita lebih kuat bekerja mencari jalan penyelesaian. Bagi yang dah terbiasa dengan ruang yang besar dan luas pula selalu terlepas pandang untuk manfaatkan mana-mana ruang comel yang terbiar tanpa perhatian.

Aku bukanlah seorang pakar nak bercerita pasal menda ni, tapi kat sini suka aku nak kongsi salah satu cara peribadi aku memanfaatkan ruang apa adanya. Dua kaki lebih sikit je ruang antara pintu bilik dan almari baju, dihitung dari jumlah jubin yang terlihat di lantai. 


Nak letak banyak perkakas pun tak boleh, kalau tak nanti sendat mata memandang. So, aku susun barang-barang secara menegak, dah tak boleh nak susun melintang kan? Rak tersangkut di dinding atas tu aku letakkan tuala dan segala macam tali pinggang. 


Kat bahagian bawah pulak aku bahagikan kepada 4 segmen (chewah)!
1) Besi berkaki tiga khas untuk letak koleksi topi Junior dan Senior. Aku punya tak nak tambah menyemak kat situ, ada kat dalam almari. 

2) Kotak boleh lipat warna hitam tu pulak aku letakkan sejadah dan peralatan solat.

3) Kotak bertutup kat bawahnya tu aku letakkan koleksi clutches yang memang jarang aku gunakan pun.

4) Kotak-kotak putih yang bertingkat tu aku letakkan barang-barang yang selalu aku gunakan, ikut keutamaan dari atas ke bawah. Semua ada label nak bagi senang kemudian hari. 


Kayu empat segi beroda tu sengaja aku letakkan paling bawah, senang nak alih susunan kotak bila-bila perlu. DIY project jugak tu, aku gunakan chopping board dan letakkan empat biji tayar. 

Simple je kan? Yang penting, mesra pengguna dan praktikal. Tak semestinya kena ada bajet yang besar, cuma perlu ada cita-cita yang tinggi untuk menyusun atur seupaya mungkin. Semoga korang dapat manfaat dari perkongsian kali ni, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




4 comments:

  1. perati bila nai gasak ngemas
    wowwww
    kipidap
    kemas, senang nak cari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress management, beb! Kalu tak rasa macam nak terjun balcony je tgk barang2 bersepah.

      Delete