Mini Toolbox Cik Puan TPJ

Assalamu'alaikum. Kebanyakan rumah mesti ada toolbox, paling tidak pun tempat isi tukul, screw drivers, paku, spanar, pliers dan yang sewaktu dengannya. Yang handymen toksah cerita la kan, siap ada segala mak nenek Bosch products gitu. Macam aku, selama hari ni toolbox kat rumah ni hasil koleksi cik abang. Cuma start 2 tahun lepas aku beli toolbox sendiri dan lengkapkan benda2 basic tak nak kacau barang-barang dia, lagipun banyak yang dah takde sejak bawak balik kampung masa nak pasang curtain kat rumah pak mertua. Dah bawak sana takkan la aku memandai nak angkut balik sini semula, karang sensitif pulak hati orang tua. Maka aku kumpul pelan-pelan apa yang patut, cuma tak terbeli drill jenama Bosch setakat ni, sanggup gi beli yang Mr. DIY punya je. 

Tapi kan, aku lebih suka kelek kulu kilir Mini Toolbox yang handy dan ringan, dari bakul plastik segi empat tepat yang aku beli kat Jusco dulu. Nak bagi lagi mudah dibawa ke sana-sini, aku pasangkan tali dengan menggunakan belt yang dah tak dipakai. Takde penutup bagai, memang senang gila nak cari barang tika dan saat memerlukan. 


Inilah teman sejati aku sekarang, di mana ada aku, ada dia. Di mana ada dia, ada aku. Kira macam belangkas la lebih kurang. Gitu...! 


Jangan ada tangan yang alihkan barang sudah, memang carik pasal la jawab dia. Eleh, macam la orang takut pun. Gam, mini screwdrivers dan gunting kecik aku tengok dah ghaib dari simpanan. Mesti Junior bawak pegi sekolah gam dan gunting tu untuk Art & Craft exam semalam. Mini screwdrivers tu pulak mesti Bibik yang ambik dan macam biasa terlupa nak masukkan semula ke tempat asalnya.


Ikutkan hati, semua aku nak ikat tak nak bagi depa bergerak sendiri. Tapi ye la kan, chill aje ler... Dah hidup bukan sendirian dalam gua pun nya adoi! 

Korang kalau suka buat kerja-kerja kraftangan, eloklah buat mini toolbox macam ni. Senang nak capai alat-alat yang memang selalu digunakan, tak payah sibuk bangun duduk gi cari barang lepas satu, satu takde bila masa diperlukan. Lebih produktif dan inovatif nanti, tak caya cuba try test tengok. 

Ok la ya, terima kasih sudi baca. Sampai jumpa lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan