Nuffnangx

Tuesday, 16 May 2017

Bilik adik bujang

Assalamu'alaikum. Adik aku yang bongsu ni dah sewa rumah kat Gombak sana dari sebelum grad lagi, buat persediaan nak masuk alam pekerjaan. Barang-barang dan buku memang dah ada kat situ pun selama hari ni, tapi bila dia habis je double degree Syariah aritu, aku suruh duduk dekat dengan bonda. Orang lain usaha balik kampung sebab nak duduk serumah dengan mak selagi diberikan kesempatan berbakti dan bermanja, awak sibuk nak duduk jauh-jauh kenapa? Kebetulan ada bilik kosong yang adik ipar aku tinggalkan, duduk je la kat situ, kan? Takde perabot langsung bilik tu, melainkan bunk bed saiz queen kat bawah dan single kat atas. Dia tak berniat nak menetap pun, aku paham sangat, segan dan nak belajar berdikari, kalau aku pun macam tu. Tapi ye lah, aku sakit mata tengok keadaan bilik tu, berterabur dah jadi tempat longgok frame gambar dan lukisan yang belum sempat digantung.


Maka aku pun mulakanlah projek menghias dan merapikan bilik adik bujang aku tu dengan menggunakan apa saja props yang ada dalam stor dan kawasan yang sewaktu dengannya. Memang takde bajet pun nak beli barang, apatah lagi perabot bagai buat masa sekarang. Tapi itu tak bermakna aku menyerah kalah dan mengundur sebelum berjuang, memang tak ah! Sekurang-kurangnya teraturlah sikit keadaan bilik dia, takde la nampak macam pusat longgokan artifak seni ataupun sarang mat gian. 


Pelan-pelan la aku elokkan bilik tu, bilik bibik dan ruang famili nanti, Insya Allah. Rome wasn't built in a day, kata omputih. Itupun adik aku dah rasa elok gila keadaan bilik tu, nak tergelak aku. Sebenarnya bilik ni basic la macamana pun, kalau disusun elok-elok, akan nampak kemas dan sedap mata memandang. Aku bagitau rancangan aku nak buat macamana bilik tu, dia nampak bertambah segan. Katanya bukan untuk dia pun, jangan susah-susah, kakak... untuk orang lain jugak manfaati nanti. Kalau adik-adik ipar aku datang ke apa ke, kan boleh duduk selesa. Ye, macam aku kata tadi, dia rasa segan. Tapi siapa pun yang duduk rumah aku ni, memang takkannya aku biar terkontang-kanting tak dipedulikan. 

Sementara belum ada proper closet dan storage kat dalam tu, keadaan sekarang dah agak decent la untuk penghuninya berehat dan melelapkan mata. Satu hari nanti, bila tiba saatnya dia akan keluar mencari hidupnya sendiri, dah besar adik aku. Yang masih membuatkan dia di sini adalah bonda, itu pun aku paham. Takpe la dik, kakak sayang awak. Dah awak messy tak reti nak mengemas, kakak buatlah apa yang patut. 

Nanti bila dah upgrade jadi bilik yang presentable, aku buat entry lain. Terima kasih sudi baca, kita jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



No comments:

Post a Comment