Hari Selasa Yang Melelahkan


Assalamu'alaikum. Macamana weekend korang setakat ni, seronok? Aku pagi-pagi lagi dah ke pasar tani beli lauk-pauk basah dengan bibik, sebelum singgah kat Giant beli sayur-mayur. Pelik sikit bagi yang tak biasa dengan pasar tani kat tempat aku ni, tak semua barang patut dan sesuai dibeli kat situ sebabnya harga tak masuk akal berbanding hyper-mart. Balik rumah siap-siap pulak nak jumpa orang pasal harta sepencarian arwah mak dia, ikutkan hati nak bermalas-malasan dengan jayanya tapi itulah, dah kerja aku mana ada istilah cuti. Anyways, kali ni aku nak siapkan entry yang dah tersimpan dalam ruangan draft sejak minggu lepas, ataupun lebih tepat, sejak Selasa lepas.


Sebelum cuti Hari Buruh tu aku sebenarnya demam, tapi takde la melarat sampai kena pergi jumpa doktor bagai, cukup dengan telan sebiji uphamol dan ubat selesema. Tapi bangun pagi Selasa tu aku batuk beriya sampai susah nak bernafas dan kahak pun terasa macam berkolam dalam dada. Asalnya nak pergi jumpa doktor tengahari tu tapi banyak pulak benda yang perlu diselesaikan dulu. Dah pulak masa aku sampai depan Klinik Famili Dr. Wan Kamariah tu, penuh sesak klinik dengan manusia yang menempati kesemua kerusi menunggu. Kensel aje la kan, baik lepak kat ofis je sementara waktu.


Sempat la aku kumpul tenaga untuk pergi menjemput anak bertuah balik dari sekolah petang tu, kebetulan pulak dia ajak singgah kat Aeon Mall, nak beli spinner yang trending sekarang ni. Gambar kat atas tu yang dia order kat Lazada, baru sampai dari China pagi tu. Aku bawak la sekali masa ambik
 dia, amboi seronoknya member.. jap-jap itu pinjam henfon aku, upload gambar kat Instagram. Simple nya faktor kegembiraan budak berumur 13 tahun, hurmmm... 


Lepas hantar anak kat rumah, aku patah balik pergi klinik, masa tu ada dua orang je pesakit yang menunggu giliran, aku yang ketiga. Doktor kata demam takde, paru-paru pun clear, alhamdulillah. Cuma ada radang sikit kat hujung lidah dan pangkal tekak, kahak pun tebal menempel dalam dada, so adalah lebih baik jika aku ambik neb untuk cairkannya dengan lebih cepat. Lain macam rasa tua-tua kena neb, kawan-kawan sekalian... dah lebih 13 tahun kot tak menceburi arena neb bagai. 


Masa rehat kat rumah, dengan segala rasa kaku dan kebas akibat kelelahan jiwa raga, juga fizikal, aku terpanggil nak try app yang trending sekarang, iaitu FaceApp. Itulah rupa aku versi tua, sedih pulak sebab tetiba nampak iras mak sedara, tok sedara dan arwah nenek terkasih pandang balik kat aku. Memang sahlah aku ni keturunan depa, *tetiba*. Masa sakit ni la hati menjadi lebih rapuh dan melankolik tahap gaban, baru teringat mati kan? 

Sekarang ni batuk aku masih ada, sekali-sekala menjadi lebat walaupun pada dasarnya dah banyak elok berbanding minggu lepas. Batuk ni memang payah nak baik, dah la ubatnya melalokkan kepala sampai jadi bingung dan mengantuk tak ingat punya. Salah aku jugak, liat makan ubat, tak nak bagi mengantuk dan tertidur macam zombie, menanggung ler batuk tu kan... Nak try minum air selasih campur gula batu macam arwah ayah selalu buatlah lepas ni, tengok apa cerita. 

Itu je buat kali ni, terima kasih sudi jenguk. Selamat berhujung minggu dan sampai kita jumpa lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.






Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan