Printed Abaya, A Modern Vintage

Assalamu'alaikum. SINI aku ada buat entry tentang abaya yang dah lama aku tak pakai, salah satu sebabnya adalah kekangan cuaca. Hari ni aku pakai abaya ni, terkejut mak dan bibik tengok sebab dah memang lama sangat tak keluar oven. Masa matahari terik atas kepala, memang terasa betul ketidakselesaannya, mungkin sebab jenis satin yang mengalas abaya ni agak tebal dan tak sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Client aku belikan bertahun-tahun lepas kat Mekah, sebab tu gayanya jauh benar daripada kebiasaannya. Kalau aku memang takkan mungkinlah pilih jenis macam ni dari awal lagi, tapi dah orang pilih, kita takkan la nak mengata pulak, kan? Dia bukan hadiahkan tau, dia pilihkan dan aku bagi duit. Macam kirimlah lebih kurang, walaupun tak. Dia bertanya dan aku bersetuju, ijab dan kabul itu sempurna.


Abaya ni dah jadi macam vintage pulak pada pendapat aku, tak tau lah korang rasa macamana. Mungkin sebab aku dah terbiasa pakai abaya polos berwarna hitam, jadi abaya bercorak sesekali keluar dari oven terasakan begitu berbeza. Sekarang dah takde fesyen macam ni keluar, agaknya, sebab tak pernah lagi aku tengok dalam instagram ataupun mana-mana website abaya dalam tempoh masa beberapa tahun ni. 


Handbag aku tu warna biru, tak match langsung dengan tudung dan baju, sila abaikan. Malas nak tukar handbag, sebab bukan nak pergi jumpa orang ke appointment ke apa, takat nak buat errands dan ambik anak balik sekolah je pun. Sempat jugak aku mintak bibik ambikkan gambar untuk buat OOTD post kat Instagram, saje la mengisi masa lapang. 

Itu aje pun nak tulis, terima kasih banyak sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan