Intai Antara Nampak

Assalamu'alaikum. Aku rasa kelakar bila tengok gambar ni dalam facebook, kenangan 5 tahun lepas tak silapnya. Masa tu terasa diri sangat tua, maklumlah sambut harijadi, maknanya bertambah lagi setahun usia. Tapi bila tengok sekarang, baru sedar masa tu belum tua berbanding sekarang. Faham tak maksud aku? Tak faham takpe la, aku pun tak tau nak explain macamana sebenarnya.

Banyak dah yang berubah, sepanjang tempoh 5 tahun ni, aku yakin korang semua pun sama. Jubah ni masih ada tersimpan rapi dalam almari, panas nak pakai hari dan tempat-tempat biasa, kena tunggu bila pergi ke tempat yang sesuai. Eh, muat lagi tau... nama pun jubah, haruslah boleh menampung saiz badan yang mungkin lari allignment dari zaman dulu kala. Bulan puasa ni boleh la pakai, insya Allah... buat pergi iftar kat mana2 yang aircond nya full blast, baru sesuai. Nanti kalau aku pakai, aku upload kat blog ni.. boleh buat modal nak borak-borak dengan korang. 

Sementara itu, jaga diri hiasi peribadi. Terima kasih sudi baca dan sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin