Posts

Khamis, hari terakhir Januari 2019

Image
Assalamualaikum. Hari ni Khamis,  31hb Januari 2019, tarikh keramat DYMM Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-16 secara rasminya.  Sebagai anak jati kelahiran Pahang,  aku rasa bangga, entahlah kenapa. Masa Sultan Mizan dulu takde pulak rasa macam ni,  agaknya sebab tak lahir di Terengganu walaupun ayah orang sana dan seluruh keremajaanku letaknya di sana. Takpe la,  semoga YDPA baru akan diterima baik sepanjang 5 tahun perkhidmatan Baginda dan diberkati Allah swt hendaknya. Ameen...  Hari ni aku pakai shawl setelah sekian lama malas nak melilit-lilit dan memilih bokitta kebanyakan masa. Sebab utamanya,  cik abang kata dia lagi suka tengok aku pakai macam ni,  eh pulak dah. . Kata nak suruh cepat siap tak payah tunggu lama-lama. Ikutkan aje ler,  tapi aku pakai inner ninja dan selempang je zass zass,  pin kat bela...

WW ~ Subuh Idaman.

Image
Assalamualaikum. Suatu subuh yang lalu. ..  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Winter Umrah Lookbook

Image
Assalamualaikum. Kalau kita nak pergi mana-mana, biasanya mesti nak cari idea pakaian yang sesuai dengan tempat dan keadaan semasa, betul tak? Masa nak pergi umrah hujung tahun lepas, antara persediaan terawal yang aku buat, benda tu la. Tak banyak yang aku dapat info macam yang aku nak, jadi sekarang aku nak kongsi kat sini Umrah Lookbook untuk musim dingin versi Tak Pe Je. Mana la tau boleh dijadikan panduan serba sedikit, bagi yang selesa berpenampilan macam aku ni.  Aku boleh dikatakan pakai apa yang dah sedia ada je dalam koleksi, cuma kalau kata tak beli baru langsung tu bohong la, kan. Tudung aku beli yang instant tanpa dagu kat Shopee, kain mosscrepe ni sangat selesa dipakai dan elok untuk musim sejuk. Aku tak beli yang berdagu sebab dah banyak inner ninja berdagu dalam gobok lagenda. Melainkan korang jenis memang akan pakai selepas balik umrah, pada pendapat aku elok korang tak payah nak beriya beli segala macam tudung instant berdagu dan lepas tu simpan dalam al...

Busana Muslimah Bertemakan Songket

Image
Assalamualaikum. Hari ni adalah Isnin yang mencabar ketahanan fizikal dan mental, melawan rasa mengantuk akibat lemau-lemau badan,  panas dalam. Malam sebelumnya dah telan ubat selesema, sinus dan ponstant.  Bangun 5.30am terus tak tidur sampailah sekarang, tersengguk-sengguk semenrara menunggu azan Isyak. Elok je selesai solat, dah terjegil semula biji mata,  ko rasa?  Memang berbaloi la aku lawan,  alang-alang berjaga biar sampai midnight,  barulah tidur berkualiti emas sepanjang malam. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Punyalah mamai, terbabas masuk exit Wangsa Maju lepas DUKE Highway, satu hal pulak meredah traffic jam nak buat u-turn ke Setiawangsa. Asar dah siap solat di surau Shell menghala ke UIA dari MRR2, jadi takde la meremang takut terlepas waktu. Nak jemput anak bertuah habis kelas tambahan 3 kali seminggu kat sekolah sepanjang tahun,  sila bertabahlah ya,  mummy!  Hari ni aku pakai satu sut busana Muslimah yang ...

Jabal Rahmah: Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana.

Image
Assalamualaikum. Diriwayatkan,  setelah sekian lama terpisah dan saling merindui,  akhirnya Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di Jabal Rahmah. Maka dengan itu,  berbondong-bondonglah umat Islam memanjat puncak bukit ini demi mendapat jodoh. Yang belum berpunya,  menyeru nama impian kalbu, tak kurang jugak yang dah berpunya,  menyeru impian kedua,  ketiga mahupun keempat. Huntong laa.... ! Bagi sesetengah orang,  ini semua khurafat. Bagi aku pulak,  tergantung niat asal itu sendiri, jangan sampai tersalah sandaran kerana yang memakbulkan tetap Allah swt,  selebihnya adalah ikhtiar semata-mata. Sama jugak macam orang kepingin anak, dengar je makan buah zuriat boleh mengandung,  pulunlah makan.  Takpun,  mandi kat Tasik Dayang Bunting di Langkawi sana,  sejuk menggigil pun berendamlah sejam dua. Sekadar menyebut dua contoh, banyak lagi cerita kat luar sana,  kan.  Maka dengan itu,  tempat-tempat mus...

Seputih Lantai Bajuku

Image
Assalamualaikum. Okay,  sejak balik umrah ni,  aktiviti dan projek #diy #naimenjahit berada pada gear 'N' dengan hand brake ditarik. Minggu kedua menjejakkan kaki semula ke rumah,  aku pelan-pelan bukak lipatan kain putih bercorak timbul dari gobok legenda.  Potong ikut contoh baju Muslimah yang lebih sedekad usianya,  yang mana fabriknya aku beli di Bandung,  kalau tak silap. Jahit jelujur guna tangan je dulu,  sementara ada mood nak jenguk mesin jahit. Tak sampai sehari dah siap jahit badan,  lengannya dibiarkan dulu,  ambik masa selesaikan banyak perkara lain.  Sampailah cuti panjang Sabtu sampai Isnin sempena Thaipusam, aku sudahkan apa yang dimulakan. Potong kain untuk buat lengan dan guna contoh seluar peberet aku yang dah bertahun-tahun lamanya   dibeli kat Belle Wangsa Maju. Pergi guna mesin,  confirm ada tangan lain yang sentuh, setting semua lari. Malas nak pening kepala try and error cari keserasian benang,...

WW ~ Mighty White

Image
Have a nice day! ~ Nai at Tak Pe Je .