Posts

Wifi Siput Jadi Arnab

Image
Assalamu'alaikum. Wifi rumah aku memang mencabar minda, lekuk-lekuk dan simpang-siur ruangan kiri dan kanan boleh bikin connection bertukar menjadi siput. Jadi, wifi tu layaknya dipanggil siput aje, ko rasa? Siput itu akan berstatus sedut ataupun khinzir kalau ramai datang berkunjung lepak2 guna (free wifi kan) ataupun kalau pakat download movies segala bagai. Modem ada 1, router ada 1 kat setiap tingkat tapi hazabedah nya lahai.... tuhan aje yang tau!  Akhir-akhir ni aku suka browse tentang modem, router, repeater, booster dan yang sewaktu dengannya untuk home office PC dan of course, untuk menolak siput supaya bergerak lebih laju. Kebetulan tengok harga mampu milik kat Shopee, aku pun beli la TP-Link TL-WA850RE 300 mbps Wireless Wifi Range Extender apa menda ntah lagi nama penuhnya. Yang penting, device ni menyelesaikan dilema encik siput kat rumah aku.  Kalau kita biasa dengar perkataan "blind spot" selama ni, sekarang zaman orang mengeluh pasal "dead zone" p...

Cabai Mulut Tu Karang!

Image
As salamu'alaikum. Korang suka makan cili jeruk? Aku suka, tapi kena berhati-hati di jalan raya dan toleh kiri kanan, tak boleh ikut tekak saja, nanti menggelupur sakit perut. Biasanya aku kena kuatkan minda dan buat-buat tak nampak setiapkali pekena mee celup kat kedai makan Mek Siam, tapi ada masanya tewas jugak.  Dua minggu lepas aku kena sampuk hantu apa entah, beriya beratur kat Rosyam Mart beli stok barang dapur dan bawak balik cili padi dengan cuka, tak sempat nak bukak tudung pun terus memulakan projek menjeruk cili padi. Laku rupa2nya benda alah ni kat rumah, aku letak 1 bekas dalam bilik dan 1 bekas kat dapur. Tengahari tadi siap tumbuk sambal belacan guna cabai jeruk ni, jangan tak tau! Terangkat sangat-sangat, tak caya boleh try sendiri.  Mak cakap tadi, buat guna cili besar pulak, kebetulan banyak dia pesan kat kawan adik yang baru turun dari Cameron Highlands. Tapi rasanya kena cari cili gemuk2 montok kat Aeon AU2 dulu buat solok, lama dah pendam nak makan dengan...

Ada Je Ni...

Image
Assalamu'alaikum. Bersawang dah blog ni, lama tak update sebabnya setting berubah sangat, jenuh terkial-kial aku nak cari kesesuaian. Eleh, padahal sebab tak reti macamana nak upload gambar! Sekian lama mereput, kali ni akhirnya aku ambik inisiatif untuk pelan-pelan teliti dan seperti biasa, usaha tangga kejayaan. Maka dengan itu terhasillah entry pagi-pagi buta ni. Petang tadi siapa suruh aku tidur, kan dah buntang biji mata? Rasa lemau sangat macam orang nak demam, itu yang aku tewas sementara menunggu azan asar, dua jam kemudian terkebil-kebil mamai segala. Lepas solat asar, aku keluarkan peluh setengah jam mengayuh basikal statik dengan penuh keazaman di dada. Patutnya ada jemputan makan nasi dagang dan keropok lekor kat rumah sahabat di Ampang, terpaksa kuabaikan dek kerana terlampau penat. Takpe la, lain kali ada rezeki panjang umur dan jodoh pertemuan, insya Allah boleh lepak dengan gumbira. Musim durian sekarang ni, meriah di sana sini lori dan kereta bukak gelanggang tepi ...

Bukan Baju Raya

Image
Assalamu'alaikum. Musim-musim raya ni ada satu kecenderungan orang ingat kita pakai baju raya, walaupun baju tu dah berkali-kali raya pun umurnya. Cuma kalau pakai pattern macam ni, mungkin tak nampak sangat aura rayanya, lebih kepada baju kenduri kendara, tak gitu? Memang baju raya pun dan aku pernah pakai buat pergi kenduri resepsi kahwin beberapa tahun sudah. Tinggal lagi, kalau raya takde nya aku nak pakai tudung instant macam ni, kalau tak lilit shawl, aku pilih Bokitta. Mak bukan main teruja puji tudung lawa, maklumlah style yang dia gemar dan aku selalu duk belikan sejak dua tiga menjak kebelakangan ni. Warnanya manis, dah macam punch drink kita campur-campur kordial masa raya.  Hari ni PM Prihatin Nasional, TSMY umumkan PKP masuk dalam Fasa Pemulihan dan dilanjutkan bermula 10hb. Jun 2020 sehingga hujung bulan Ogos. Merdeka! Errk... PKP-PKPB-PKPP, ah, lu pk la sendiri! Heheheh. Merentas Negeri dah dibenarkan, maknanya Raya Haji boleh la bersesak-sesak di lebuhraya di pa...

Next OOTD Post

Image
Next OOTD would be 7th Syawal, perhaps. ~ Nai @ Tak Pe Je.

PKP dan Budaya Berdisiplin

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni 3hb Syawal 1441H, dah masuk hari kedua bonda, bibik dan aku berpuasa sunat Syawal. Alang-alang takde ke mana-mana langsung, ada baiknya terus mulakan puasa sunat, lagi cepat lagi bagus, hujung minggu ni dah boleh raya. Rasanya nak buat makan-makan lagi, bagi kat jiran tetangga. Adik-beradik pun boleh datang memeriahkan majlis, bukannya dorang dibenarkan merentas negeri balik kampung mertua masing-masing pun, kan? Kalau sihat dan diizinkan Allah, hajat di hati nak masak nasi bukhari pulak, sebabnya hari raya pertama dah buat nasi biryani, tukar menu la pulak. Kari daging kambing kita gantikan dengan kari daging lembu pulak, apa kata survey? Tapi tertakluk juga pada perubahan jadual, mana la tau ada rencana lain yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Aku tak berapa teruja sebenarnya nak masak nasi bukhari sebab bonda kurang gemar, tak macam nasi biryani yang dia makan bertambah-tambah dua kali sehari.  Happiness overload, pendek kata. Anak aku p...

Raya PKPB Mei 2020

Image
Assalamu'alaikum. 3 bulan sudah kita hidup dalam Perintah Kawalan Pergerakan, untunglah dah diberi kelonggaran sebaik saja masuk fasa PKP Bersyarat. Rentas Negeri tak boleh, jadi mereput saja kat rumah masing2 jangan duk gatal pergi balik kampung bagai, ok? Buang masa je mencuba, nanti kena patah balik jugak, semak otak aku fikir kenapa depa tak boleh paham tujuan peraturan ni dibuat, oh my God! Tinggal lagi ye lah, nuclear family aku semua ada kat Lembah Kelang, senang la cakap, ye? Tak jugak... keluarga mertua aku takde kat sini, kalau aku kat tempat pakwe, pedih jugak tangkai hati dengar takbir raya! Tapi sebab kita sayangkan orang tua kita, kita kebalkanlah hati untuk tidak pulang ke kampung dan meletakkan depa dalam risiko yang tak diingini.  Harus ada kuih raya, walaupun takde tetamu yang sibuk nak bertandang kecuali adik-beradik yang tak duduk sebumbung. Aku usaha beratur kat AEON minggu lepas, semata-mata nak beli kuih pilihan kalbu. Bekas kuih sekali dengan dulang tu aku ...