Posts

Kebaya Saree Pink Untuk Menewaskan Monday Blues

Image
Assalamu’alaikum. Monday Blues? Mana ada, dah tukar jadi warna pink dengan jayanya. Berkebaya saree kita hari ni, jangan marah... ambik mood raya awal sket. Sejak dah hilang inci ni, lain betul cutting bila pakai kebaya. Dah terbiasa kecik pinggang ke atas dan lebar ke bawah separuh umur, mula2 dulu rasa pelik yang amat. Sekarang ni lemak banyak berkumpul di abdomen, logik la makan aje kerjanya. Selera pulak jarang nak lemau, otak asyik ligat berfikir nak makan apa breakfast, lunch, tea, dinner. Maka tak hairanlah kalau HQ lemak duk bertapak di abdomen, kan? Pengambilan air suam masih diteruskan seperti biasa, cuma kebanyakan masa tak sampai 3L, takat 2.5L sehari, sesuai dengan berat semasa. Duk turun naik selang seli antara 59 dengan 60 kg, tengok keadaan makan gila tahap mana. Aku tak nak kurang daripada 59kg sebab nanti nampak cengkung macam hidup terseksa. Badan aku sesuai takat 59kg minimum dan 60kg maksimum. Kurang ataupun lebih daripada dua skala tu, tak elok. Kalau lebih sket j...

Ipar Duai bukan Dua Lipa

Image
Assalamu’alaikum. Semalam aku pergi Aeon Mall bawak kereta masuk Cars, buat polish sebab dah tak nampak rupa putih. Maklumlah sejak beli kat bonda lebih 5 tahun lepas, tak pernah langsung hantar polish. RM160 harganya termasuk cuci dan vakum, pejam mata je la.. daripada makin nazak tak terurus nanti.  Sementara menunggu kereta siap jam 5.30pm, aku lepak kat Starbucks makan mini sausages yang terlebih topping pulak kali ni.. staff baru nampaknya, tak familiar pun muka. Kalau staff lama dah tau aku suka yang macamana, takpe la masih boleh telan walaupun muak. Lama sangat menunggu kereta, aku wassap ajak adik-adik ipar si Nurul dgn Yana datang join, lepak minum kopi.  Sekali rencana diubah, tak jadi ambik kereta jam 5.30pm sebab aku ajak dorang gi beli inner ninja kat pasar malam depan Aeon. Lama yang amat tak jejak kaki ke pasar malam, biasanya pergi pasar tani je kat tapak yang sama. Menyesal jugak tak pergi pagi-pagi semalam, dah terpaksa bayar lebih untuk benda yang sama. Inn...

Satin, Sifon & Batik

Image
Assalamu’alaikum. Aku dah lama beli fishtail blouse dari Poplook warna pudina ni, selalunya pakai dengan skirt buat pergi kerja. Tapi minggu lepas tukar selera sket, gayakan dengan kain batik Jawa pulak. Nak cari tudung yang masuk dengan kombinasi dua alam penuh berbeza tu, aku rojakkan lagi dengan memilih satin shawl. Sekali stongan warna maroon, memang suka hati je buat color-blocking!  Sekarang ni cuaca dah makin kembali normal, takde nak pakai tebal-tebal macam aritu. Cari je pakaian yang sesuai dengan iklim Khatulistiwa kita ni, senang nak elak daripada bau badan dek peluh segala jantina, bukan setakat peluh jantan.  Satin, sifon dan batik (cotton) adalah jawapannya... tak perlu pergi jauh-jauh. Elok sangat kombinasi tiga jenis fabrik ni untuk dikenakan sepanjang hari bekerja di dalam mahupun di luar pejabat. Nyaman lagi menyamankan. Ini gambar 3 tahun lepas dengan baju yang sama, style berbeza. Jauh lebih selesa kombinasi satin, sifon & batik! ~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Laced Kurung for Wedding Reception

Image
Forever relevant. ~Nai at Tak Pe Je.

Gaya Menghala Waktu Pulang

Image
Assalamu’alaikum. Biasalah perempuan, pagi-pagi datang ofis melawa dari hujung kepala sampai hujung kaki, ye tak? Lepas solat zuhur pun masih gigih touch up dan kekalkan penampilan menarik tertarik kau memang da bomb... tapi datang je waktu asar, graf mulai merudum bak indeks longlai di BSKL. Ok, aku la tu... korang tak kot, sejenis konsisten lawa sampai ke akhir rancangan. Huntong laa... Aku ni lebih-lebih lagi kalau dah memang takde kerja ataupun appointment segala, kebanyakan masanya tak beriya nak touch up bagai selepas solat asar. Tunggu masa nak balik rumah je, minum petang dan mandi-manda menunggu solat Maghrib. Malam kalau takde agenda apa-apa dengan pakwe, anak ataupun sesiapa, lebih selesa berpakaian santai selayaknya tanpa ada non-mahram kat rumah.. Ye la, hijabis nak bukak aurat kat mana lagi kalau bukan kat rumah, kan? Aku ditakdirkan tak berapa ada masalah dengan kulit muka, sejak dari zaman remaja sampailah sekarang jadi remaja purba ni. Tapi itu tak bermakna...

OOTD Post : Blouse Ala Kurung

Image
Assalamu’alaikum. Baju ni aku tempah kat Vietnam dekat 3 tahun lepas, suruh tiru design blouse labuh Zara. Akhirnya dah nampak macam kurung modern, jodoh pulak dengan batik sarung dari Jakarta. Shawl warna biji kundang pelengkap gaya, selesa dipakai pagi ke petang. Bukan susah sangat nak nampak sopan ke pejabat, betul tak? Cuma tinggal lagi, korang lebih cenderung hala ke mana.. tepuk dada, tanya selera. Kalau baya-baya aku ni, pakai style ni dah kira lepas piawaian la, ko rasa?  ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Life Is A Journey To Perform

Image
Do It Well. ~ Nai at Tak Pe Je.