Posts

WW ~ Selfie Failure

Image
When selfie timer is running but someone is at the door be like: ~ Nai at Tak Pe Je. 

ST Rosyam Mart : Hari Lelong

Image
Assalamualaikum. Weekend baru ni ST Rosyam Mart buat jualan lelong,  manusia dah beriya kongsi berita melalui segala bagai medium pengantara,  terutamanya wassap. Yang paling menarik perhatian semua orang adalah ayam RM0.83 seekor.  Maka,  tersumbatlah jalan-jalan yang menghubungkan Setiawangsa dengan dunia luar,  dari utara hingga ke selatan.  Bagi penduduk sekitar macam Mak Lom ni,  bertabahlah kalau nak keluar ke mana-mana yang urgent.  Memang mereput tunggu dalam kereta sebelum boleh bolos dari kesesakan lalu-lintas.  Itu pun aku keluar kejap sebelah petang ke Aeon Big,  pergi ambik baju yang aku hantar alter. Hari Ahad,  okay,  bukan Sabtu, yakni hari kedua jualan lelong berlangsung. Masih panjang barisan di luar pasaraya,  demi mendapatkan barang-barang dengan harga di bawah radar. Macamana keadaan pada hari pertama agak-agak korang?  Sila tengok dua keping gambar di bawah dan korang boleh saksik...

WW ~ Breakfast of The Day

Image
Assalamualaikum.  Korang breakfast apa hari ni?  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Hat Yai - Songkhla - Danok - Malaysia

Image
Assalamu’alaikum. Sesudah subuh pada hari kedua di Hat Yai, aku mula packing barang dan asingkan baju2 kotor dalam laundry bag yang dah disediakan dalam laci di bilik hotel. Aku siap paling awal, sebab nanti tak payah sibuk orang lain menunggu aku tepek bedak segala bagai.  Tempat breakfast di The Rock Hill Hotel ni terletak di rooftop, makanan katanya halal, no lard and pork, jadi tak hairanlah kalau Muslim berhijab bagai dengan senang hatinya makan nasi dan mee goreng yang dihidangkan. Aku anak beranak bukan jenis makan berat pun pagi2, jadi takde menda yang berbeza sangat sebab kami cuma ambik roti, salad, mentega dan jem. Ruang balkoninya luas, saujana mata memandang.. Haruslah selfie dulu sedas!  Kami check out awal, gerak pelan-pelan ke Pantai Samila,  dalam gerimis yang kadangkala bertukar menjadi hujan lebat. Hiasan bunga pandan yang digubah menjadi kuntuman bunga dah makin kering dan kurang baunya,  berbanding hari pertama dibeli. Takpe la,...

Semalam di Hat Yai

Image
Assalamualaikum. Misi kami bertiga masuk Hat Yai memang untuk makan,  mungkin kedengaran macam tak logik, tapi itulah hakikatnya.  Ada satu kedai makan kecik kat hujung lorong belakang Lee Gardens Hotel,  tak banyak pelancong lepak situ.  Kami dah jadi regular customers sejak Junior belum masuk tadika,  dari asal warung sekarang dah rupa kedai elok. Cuma aku tak pernah ingat nak ambik gambar bila sampai situ,  apalagi bila sampai makanan atas meja. What handphone? Makan makan makan sambil borak dengan anak dan ayahnya.  Lepas pekena kengsom,  daging masak merah,  asparagus goreng dan ikan belanak goreng bawang putih, kami bergerak ke Odean Mall dan minum kopi kat Starbucks. Nampak dari pintu cermin kat luar sana manusia duk sibuk shopping,  aku senyum je tumpang happy.  Aku beli apa? Belt sorang satu untuk anak dan ayahnya, lawa pulak tengok menda alah tu, kebetulan ada diskaun dan belt anak dah nazak naw patah-patah...

Dosa Sos Pencicah Daging Bakar?

Image
Assalamualaikum. September ni memang banyak cuti,  lama pulak tu sekali cuti. Maka berbondon-bondon la antara kita yang membuat perancangan awal untuk keluar dari sarang masing-masing  samada balik kampung ataupun berjimba ke mana-mana destinasi menarik. Bagi aku yang selalu diburu waktu,  tak sempat nak rancang semua tu awal-awal,  sebabnya dikhuatiri akan lelap tiket,  tetiba karang ada hal mendesak yang memaksa segala perancangan terpaksa dibatalkan.  Jadi,  banyak perkara yang dibuat impromptu,  termasuklah sambutan harijadi anakanda terkasih,  yang jatuh pada 9hb kelmarin. Hantar short notice kat family wassap group bagitahu nak makan-makan kat rumah dan potong kek birthday Azieq,  datanglah mana yang ada,  9pm anggaran majlis.  Tentukan menu, pastikan semua bahan cukup dan pergi Cosway untuk restock Wholefood Nutrition. Selesai bab tu,  ajak pakwe lepak Wangsa Walk minum petang sambil tempah kek nak bawak b...

Selalu Dekat Di Hati ~ 6 September

Image
Assalamu'alaikum. Ogos pergi,  September pun bertamu kembali. Anak bujang nak sambut birthday tak lama lagi, siap update IG story duk menghitung hari. Mintak nak beli jam tangan yang baru,  kali ni tak nak order kat Lazada,  nak pilih sendiri kat kedai. Ye lah, kata aku, nanti mummy usahakan.   Balik ambik dia kat sekolah,  aku dengan sorang staff pergi ke KL Sentral naik LRT,  kereta parking kat stesen. Lapar betul petang-petang hari,  lepak makan kat Secret Recipe dulu sementara tunggu Maghrib dan nak jumpa prospek client selepas tu.  Tak tau la samada terlampau lapar ataupun chef KL Sentral punya outlet terlebih terer masak,  tapi mee kari dia luar biasa sedap sampai nak habis sekawah aku makan. Asam Laksa yang budak aku order pun sedap naw2. Nak kena repeat la nanti. Tapi entahlah,  KL Sentral selalu bikin hatiku ini tak keruan, ada memori yang tak mampu nak dilupakan,  dah pulak jatuh pada tarikh ke...