Gadis Espresso

Assalamu'alaikum. Ada antara kita adalah penggemar tegar kopi,  termasuklah empunya blok Tak Pe Je, iaitu aku. Keluarga aku di kampung pun penggemar kopi,  dari yang paling muda hinggalah yang paling tua. Jadi tak hairanlah kalau aku dah terbiasa dengan kopi sejak dari bangku sekolah.  Cuma itulah, zaman dulu aku duk minum kopi O cap Kapal Api dengan nenek dan ayah petang-petang, jodoh dengan pisang goreng. Kadang-kadang cicah biskut keping sebelah malam. Oh ya,  dari dulu aku memang suka kopi O kurang manis, lebihkan gula dalam senyuman. Gitieww. .


Lepas SPM aku berlepas ke UK,  duduk lebih 6 bulan jugak la dengan family aku yang ikut ayah sambung belajar. Masa naik tren 8 jam ke Scotland,  aku mula kenal dengan kopi O cara Eropah, dah kenapa lain benar?  Sejak itulah aku kenal beza antara kopi segera dengan kopi segar yang dikisar dari bijinya secara langsung. Terpegun mata seorang dara dari desa melihat proses membikin secangkir kopi di kafetaria tren. Mesinnya saja dah buat aku terkebil-kebil, apatah lagi aroma segar kopinya. 

 Kalau dari awal aku gemar kopi kurang manis,  akhirnya jadi takde manis langsung. Minum kosong terus, black coffee kekdahnya. Gadis Espresso telah terbentuk dalam diriku tanpa sedar.  Semuanya bermula dari tren Heathrow - Glasgow, dengan pemandangan gunung-ganang dan dedaunan musim dingin di bumi asing sepanjang perjalanan. Jiwa pengembara juga terbentuk saat itu, seawal umur 18 tahun. Gadis Espresso yang suka mengembara, cuba? 


Fast forward lebih dua dekad kemudian, aku masih suka kopi cap Kapal Api,  masih menganggap lagu Kopi Dangdut sesuatu yang genius, masih layan irama reggae, masih tetap 'Gadis Espresso' yang suka mengembara, bezanya sudah tidak gadis lagi.  


Tinggal lagi,  kalau dah terbiasa dengan kopi segar yang dikisar langsung dari bijinya, kopi segera bukan lagi pilihan utama. Sekali terjebak,  tidak ada jalan keluar,  ibarat kita boleh check in di Hotel California  bila-bila masa tapi takkan pernah boleh check out dari situ. Heheh. Maka dengan itu, aku cukup lega bila Shopee dah ada jual biji kopi yang mesra harga dan sesuai selera tekak ini. RM50 dah dapat 1kg bekalan kopi,  siap free shipping lagi,  alhamdulillah. 

Tak cukup dengan itu,  Lazada pulak ada jual mesin drip coffee mampu milik yang comel saiznya,  mudah nak bawak balik kampung buat kopi. Nak bawak travel pun boleh kalau mahu,  jimat banyak weh brew coffee sendiri letak dalam thermos ke sana ke mari. 


Hari tu aku beli mesin comel ni sekali dengan automatic milk frothier, pasangan yang tercipta dari syurga. Cuma bagi aku yang minat bancuh kopi, sebenarnya lebih bagus kalau froth susu secara manual menggunakan mesin espresso, lebih-lebih lagi kalau guna kuantiti susu melebihi 130ml. Kalau masa tak berapa menyebelahi,  menda automatik ni memang sangat-sangat handy. Oh ya, juga mesra travel macam pasangannya tadi. 


Bagi penggemar espresso, boleh la beli kombinasi dua mesin ni, korang pasti takkan menyesal. Aku nanti nak beli lagi, senang letak kat ofis lepas Ramadan berakhir. Esok dah mula puasa,  kan? Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua, diterima segala ibadah dan diberkati-Nya sepanjang helaan nafas di bumi Tuhan.  Ameeen...!

~ Nai at Tak Pe Je. 






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan