Rak Terbuka Ruang Tamu

Assalamu’alaikum. Rumah aku ni jadi tumpuan keluarga sejak arwah ayah meninggal dan bonda tinggal dengan aku. Adik-beradik semua ada kat Lembah Kelang, sorang pun tak balik duduk Terengganu. Tinggallah rumah gedabak arwah ayah bina untuk anak-anak bini nun di sana, entah bila ada rezeki nak jadikan Bed & Breakfast. Cerita mak nak buat homestay tu dah sedekad, selagi aku tak turun padang, nampak gayanya tinggal cerita je la. Alangkan nak buat tahlil arwah kat rumah aku ni pun, jam 6.40pm takde siapa pun bentang sejadah kalau aku tak terhegeh-hegeh buat. Bibik pun selamba badak lagi duk menggosok baju, tau nak tahlil lepas maghrib tapi tak tengok jam pukul berapa. Nasib baik la aku dalam keadaan yang teramat sangat composed dan penuh pasrah, persediaan nak menyambut Ramadan la katakan.

Menyimpang pulak dari tajuk asal, meh kita kembali ke pangkal jalan. Memandangkan adik-beradik aku selalu datang lepak kat rumah dan bergelimpangan barang depa letak atas tangga, aku ambik keputusan untuk buat rak terbuka di belakang sofa. Rumah bukannya luas, jadi tak mungkin boleh letak segala macam kabinet macam banglo jutawan kosmetik, makanya itulah cara terbaik pada hematku. Nak tempah rak berpintu tak cukup bajet, terpaksa pilih konsep open shelving. Semak mata memandang bertahun-tahun lamanya, aku bersabar dan terus bersabar sambil mencari jalan penyelesaian kepada konsep keterbukaan ini. Akhirnya minggu lepas aku jumpa kotak cantik kat Aeon AU2, bawak balik dan susun apa yang patut. Aku beli jugak wallpaper kat Mr. DIY dan balut segala bagai kotak yang ada kat rumah, jadikan tempat penyimpanan barang dan letakkan atas rak. 


Nak beli semua kotak kasi penuh rak memang tak mampu lagi setakat ni. Jadi, kita gunapakai apa yang ada kat rumah demi menjayakan projek hujung minggu seorang Mak Lom. 


Malam ni lepas tahlil dan makan-makan, aku duduk la nak ambik gambar rak untuk jadikan bahan update blog, anak sedara dua ekor ni pakat langgar secara duet pulak naik basikal laju-laju. Bertuah punya budak! Makin mengaduh, makin seronok pulak jadinya, ish ish ish! 


Mak suruh aku balut semua kotak dengan wallpaper, biar nampak seragam katanya, baru lawa. Asalnya malas aku nak kacau kotak biru tempat simpan bola golf cik abang, tapi bila dia bagi lampu hijau, aku balut la jugak, demi memuaskan hati bonda. 


Rak khusus untuk letak mainan Muhammad dan Athiyya tak terkecuali daripada menggunakan kaedah penyimpanan yang sama. Baru teratur dan tak serabut mata kepala memandangnya saban waktu. Anak aku dah besar, tapi anak-anak sedara kecik lagi, jadi kena la selalu cari jalan nak kasi rumah nampak kemas dan tak mengundang amarah suami. 


Bagi aku setakat hari ni, dah okay sangat cara macam ni. Kalau buat pintu seluruh rak, kemungkinan besar ruang akan nampak padat, tak seluas sekarang. Itu pada pendapat amatur seorang aku yang takde ilmu hiasan dalaman ni. Kot la esok-esok aku terasa nak ubah tak tau la, kan? Komen suami aku, kan ke nampak kemas sikit dah susun macam ni? Hurmmm iya lah, berkata-kata memang lebih mudah dan murah, betul tak? Tapi takpe la, janji dia dah happy dengan keadaan dan kaedah penyimpanan ruang tamu pun dah seribu rahmat. Selebihnya, aku harap semua orang akan berusaha mengekalkan kekemasan berbekalkan sistem yang dah aku sediakan. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan