Enggang Yang Bongkak

Bijakpandai kata, orang sombong boleh masuk dengan orang yang sombong juga. Tapi orang tak sombong boleh masuk dengan orang yang sombong dan orang yang tak sombong. Dah lebih setapak kat situ.

Cuba la tengok kat sekeliling kalau nak analisa. Memang gitu la keadaannya. Tak kisah la kat mana pon, baik kat tempat kerja, baik kat kejiranan, baik kat tempat belajar, atau kat tempat-tempat rekreasi. Yang murah dengan senyuman biasanya bercampur jenis kawannya. Tengok la, mesti ada yang mudah tersenyum dan ada jugak yang muka macam tertelan getah skrap. Biasanya yang selalu duduk bersama adalah yang jenis mesra alam juga. Sebab yang menyombong takkan suka lepak sekali punya. Tak boleh masuk punya! Dia masuk dengan yang jenis mudah tersenyum tu pon sebab ada kepentingan. Contoh, member tu glemer ke, pandai ke, lawa ke, kaya ke....Yang pasti, ada kepentingan la kat situ.

Tapi kalau yang jenis menyombong tu Ya Allah..! Sepesen aje pola penempatannya, tengok la. Kawan2 dia memang dah sah2 yang sama waktu dengannya. Gelak ketawa, senyum manis tu khusus untuk klik depa aje la pon. Like, "Ketepi. Ketepi. Gergasi sudah kembali. Dari gurun tua..." Dalam bahasa pasarnya, Perasan Bagus.

Bahayanya sifat sombong ni, akan tiba masa besok boleh memakan diri. Sebab dah perasan bagus sangat, maka cepat la under-estimate pihak lain. Dah selalu sangat jalan mendongak, maka selalu jugak la tersepak tunggul inai. Sebab tu la dalam banyak ketika underdog buat kejutan. Satunya sebab depa takde tekanan. Lagipun sebab depa buat lebih persediaan nak hadapi pihak lawan, especially kalau pihak lawan memang confirm akan menang ikut perkiraan atas kertas. Satu lagi sebab, orang yang sombong tu dah terbuai dek kehebatan diri sendiri, kesombongan depa dah beraja di mata bersultan di hati sampai dah rasa larger than life.

Sama la dengan bidang perundangan. Ada jugak lawyer jenis enggang yang bongkak. Berlagak yang amat. Tak kisah la civil court, memang dah biasa macam tu. Tapi syariah court, apasal la nak pulun bawak tradisi yang sama gak? Aku kadang-kadang jadi konpius la dengan Gang Besar Kepala mcm nih. Macam depa tongkat langit pun ada gak. Sampai ada la dua tiga orang kakak polis mahkamah mengadu kat aku pasal depa. Punya berbulu kat depa, sanggup sorang polis tu cakap, "Kalau la akak nampak si polan atau si anu tu terbongkang depan akak kena rompak ke apa ke, akak tolong gelakkan aje!" Dah tak tahan sangat gamaknya dengan kesombongan depa, kalau tak mahunya orang menyampah tahap gaban gitu gaya..

Ye la, may be sebab depa senior, dah ada goodwill, dah ada branding. Tak heran la depa pandang sekenyit mata je kat orang2 baru macam aku ni, kan. Macam anai-anai kat pokok aje gamaknya pada pandangan depa. Tapi anai-anai kan boleh tumbangkan sebatang pokok, siap boleh robohkan sebuah rumah banglo lagi lama-kelamaan..! Sebenarnya aku rasa depa terlupa, semua orang bermula dari bawah. Mana ada orang terus sampai ke puncak. Dan tak selalunya orang kekal di puncak, sama gak tak selamanya orang kekal di bawah. Mungkin depa terlupa la tu, maklum la dah kertu. 

Baru-baru ni aku memang terlopong sebab sorang makhluk dlm golongan tu tak sambut aku hulur salam. Lama jugak la dia ambik masa. Siap tanya dulu aku siapa, baru nak sambut. Hamboi hamboi hamboi.. Takpe la, aku jadi salah sorang junior yang tak boleh respect kat dia sampai bila2 la kalu macam ni gayanya. 

Lepas selesai kes, sebutan je pun, aku nak keluar dan tunduk hormat kat hakim. Masa tu la kakak polis yang jaga mahkamah tu bangun, tunduk-tunduk kat aku, meluru nak bersalam. "Puan, apa khabar, lama tak nampak.." Aku senyum la macam selalu jumpa dia. Satu dewan la nampak kejadian tu, termasuk la hakim kat atas bench tu. Lama aku kat luar dewan, borak2 dengan klien, yang turut mengadu pasal kesombongan senior tu. Tak keluar-keluar pulak makhluk hebat tu , lama benar dia kat dalam. Dah aku dekat nak balik baru dia keluar, diikuti klien dia yang memang sama2 sombong macam dia gak. Sampai sudah dia tak pandang aku. Dan aku pun takde sibuk2 nak tunjuk hormat lagi. 

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin;
Orang Tak Hendak, Aku Pun Tak Ingin.

Aku jadi bungkam sebenarnya. Mudah2an aku tak jadi macam dia bila besar nanti. 



Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin