Nuffnangx

Thursday, 25 August 2011

Simple Je

As salam. Dalam kehidupan yang makin kompleks nih, kadang2 kita terlupa kpd perkara2 ringkas. Benda senang pon kadang2 jadi susah nak handle, sebab dah terlampau biasa bergelumang dgn benda kompleks. Tapi sebenarnya masih banyak pihak yang sangat ringkas kehidupannya. Sampai tak terjangkau dek akal orang2 yang dah teramat kompleks nih.

Contoh, nak raya nih kan kita sibuk beli apa yang adatnya perlu ada. At least sepasang dua baju baru. Sepasang kasut atau selipar baru. Yang jenis tukar langsir baru setiapkali raya pon ada, tak percaya tanya Nykolett. Sampai kita terlupa pada yang tak punya. Yang nak makan hari ke hari pon terpaksa bercatu. Yang nak pakai hari2 pon duk ulang benda sama. Nak ganti benda2 baru jauh sekali. Kasut banyak yang takde. Kalau ada pon, abis lusuh leper segala. Selipar pon tahap2 org wakafkan kat jamban masjid je.

Tahun ni aku berdepan dengan semua tu secara langsung. Puncanya, bibik bertuah aku tu la. Aku bawak balik selipar untuk dia buat raya. Bila tengok dia macam tergamam, aku jadi rasa tak best, kot simple sangat untuk raya. So, aku pon ambik la sepasang pumps Dr. Cardin yang aku pakai sekali dua je dalam almari kasut. Bila bagi kat dia suruh try, dah tukar kaler muka budak tu, jadi pucat segala. Lepas tu dia gi simpan balik kat tempat aku ambik. Mak aku cakap, aku bagi kat dia. Mak interview la, kan. Katanya dia tak pernah ada selipar cantik macam tu. Kasut pon mak bapak dia kena pinjam duit ketua kampung nak beli masa datang sini aritu.

Aku alah sket dengar cerita2 mcm gitu. Mula la ati aku rasa lembab lain macam je. Tapi aku terpaksa keringkan jugak, sebab dia ni ada potensi pijak kepala. Time bagi baju & tudung buat raya, susah lagi sekali ati aku. Macam takde perasaan je aku tengok dia. Konpius tahap gaban dia bila aku kasi briefing baju mana nak pakai raya pertama sampai kelima. "Berapa hari?" Aku tak paham, berapa hari apa pulak la budak ni tanya. "Hari raya berapa hari?" Aku cakap la seminggu, ingatkan cuti raya ke apa. Dia cakap, "Kemboja 1 saja", dengan Bahasa Melayu pelatnya. Owh... Ouch...Charlie bit me!

Aku pelan2 angkat kaki ke dapur. Mak dah lama dah bingkas bangun. Aku bgtau la mak, sedih ati aku tengok minah tu. Mak lagi la terasa kot, dia kan ada soft spot kat semua bibik aku. Yang ni peberet dia pulak tu, sebab "budak beriman". Lama gak aku terkesan. Dalam beberapa minit, (NOT!!). Bagus jugak Tuhan hantar aku minah tu. Boleh gak aku belajar menginsafi diri. Belajar menghargai segala nikmat yang Tuhan dah bagi selama ni. Dan berpada2 menyambut raya. Adeh, berapa lama la gamaknya perubahan mcm gini bleh bertahan? Mudah2an secara berkala utk jadi kekal...

Dalam pada tu pon, baju dan tudung raya aku masih dalam kategori banyak pasang walaupun kurang sket drpd tahun2 lepas. Kira ada gak la perubahan, ye dak? Macam biasa la, aku pilih kain sari buat kurung moden & kurung Pahang. Batik Kelantan kaler biru yg hasben kasi hujung tahun lepas aku buat kebarung. Dan matching tudung utk kesemua baju tu. Dah pulak tahun ni tudung aku neighbour aku yang jahitkan. Banyaknya aku jimat! Alhamdulillah. Takde la melampau2 borong kat Ariani, kan? ~ Ngeee... ~ X_X

Apa2 pun, selamat mengakhiri Ramadhan yang penuh barakah ni.. Semoga kita bertemu dengan Night of Power yang diidam2kan umat Islam seluruh dunia, Insya Allah. Dan bergembira menyambut lebaran tak lama lagi..



2 comments:

  1. Mengikut pengalaman kak ros lah kan,species depa ni only appreciate dollars and cents...hadiah2 baju and the like memang depa tak de tunjuk minat langsung..Anyway kat second paragraph tu alang2 dah mention me,kamu link lah terus ke website kak ros..hihihi..Thanq you...

    ReplyDelete
  2. Ha'ah kan kakros.. Next time bila kita mention ur name, kita link terus 2 ur blogspot.. Wokeh..

    ReplyDelete